63 Petua Keluarga Bahagia

Posted on May 6, 2010 under Fadzilah Kamsah by

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

keluarga bahagiaTanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

40 Responses to “63 Petua Keluarga Bahagia”
  1. nur Liza says:

    salam…saya sentiasa bersyukur dengan nikmat allah.redha dengan apa yang berlaku dalam kehidupan hari ini….banyak bersabar dan sentiasa menerima segala ujian dan dugaan dengan hati yang tenang …sesungguhnya semuanya ada hikmah yang tersembunyi dari allah subhanallah…amin.

  2. suraiya hani says:

    salam dato’..saya tlh mendiri kan rmhtangga selama 15tahun,dan perkahwinan kami diatur ibu ayah di kedua2 belah pihak.kami dikurnia kan 5orang cahayamata..alhamdulilah kerana cahayamata kami ini lah yang menjadi kan kami penguat jodoh antara kami.pada awal perkahwinan suami susah untuk fahami saya yang terlalu muda ketika itu 17tahun dan dia 28tahun,kami sama2 panas baran dan susah untuk faham perasaan masing2.setiap tahun ada saje hal yang bolh menyebab kan kami untuk berpisah.pihak ketiga masuk campur dlm mslh kami iaitu para ibu2 kami dalam usia perkahwinan kami yg ketika itu 5 ke 12tahun.dan pada tahun berikut nya pandai lah kami fikir kan kebaikan untuk kami sekerluarga.anak2 pun dah besar..apa lagi yang nak di gaduh kan,benda yang kecil tak payah lah nak di perbesar kn.kesimpulan nya dato’dalam satu perkahwinan suami isteri seharus nya ada kefahaman hati dan perasaan pasangan masing2.sememang nya petua yang dato’ berikan membuat kami tersedar dan kami akan memperbaiki segala kelemahan kami.semoga jodoh kami bercinta selepas kahwin ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami..Amin..terima kasih Dato’

  3. Ariff Sarip says:

    satu kajian yang menarik dan tips yg berkesan…

    semua jom praktik & istiqamah…

    (“,)

  4. Kak Su says:

    Salam,Dato’, saya telah berkahwin hampir 16 thn.(29052010 ni anniversary kami ke 16) dan mempunyai 7 orang anak. Di awal perkahwinan sllu terjadi konflik yg menyebabkan perbalahan. Lebih banyak melibatkan ibu mertua. Mungkin saya tdk dpt memahami “cara” mertua, lalu terjadi konflik. Alhamdulillah, masa berganti masa, kini saya lebih matang. Banyak belajar drpd pakar motivasi (dato Fadzillah lebih2 lagi) dn para bijak pandai dan juga byk berfikir sblm bertindak dan berkata2. Alhamdulillah, hidup kini lebih tenang dn bahagia disamping suami, anak2 dan ahli keluarga lain. Apa yang penting, setiap pasangan mesti saling memahami dan menghargai satu sama lain.

  5. hasmah hitam says:

    assalamualaikum…
    Sebak dada membaca petua ini sama-samalah kita cuba amalkannya. Muga dapat wujudkan keluarga bahagia

  6. SitiAishahAbdullah says:

    salam…sy telah berumahtangga diusia yg muda telah dikurniakan 2 putera dan 5 puteri setelah 17thn bahtera kami layarkan.syukur alhamdulillah tidak terhingga kehadrat Ilahi.terlalu banyak dugaan,ujian yg telah kami lalui.namun kelahiran Amirul Firdaus baru2 ini benar2 membuka matahati kami yg hampir bercerai dgn pelbagai dugaan.kami menjadi terlalu kasih dan sayang antara satu sama lain dengan kehadiran cahayamatahati kami ini.semuanya berubah sekelip mata menjadi teramat bahagia tika ini.kesannya amat2 ketara apabila reaksi cahayamatahati2 kami menjadi ceria dan selalu kami bersolat jemaah sekeluarga.bercahaya dan tenang rumahtangga kami tak dpt nak diceritakan di sini..segala petua dan amalan2,doa2 serta zikir menjadi rutin harian kami.amalkanlah..insyaAllah Allah akan memberinya serta merta.inilah yg kami rasakan.Syukur alhamdulillah..

  7. Hapizah says:

    salam..dato., terima kasih di atas tips yg berkesan..
    Akan saya cuba jadikan pedoman utk hari ini dan hari-hari seterusnya..insyallah :)

  8. makhluk TUHAN says:

    SALAM DATO’..
    saya dah berkahwin 2thn lbh.saya tak taula kenapa suami saya dingin aje dengan saya.kadang2 tak bt salah pon masam muke.saya buntu dato’hanya tangisan melegakan kesedihan saya.saya harap dato’dapat memberi tips kepada saya.terima kasih

  9. Putli Talhata Hj Ibrahim says:

    salam Dato, saya ada soalan ingin di share ngan Dato… apa hukumnya bila seorang bapa tidak mengakui dan meminta bayaran untuk membesarkan anaknya?

    dan satu soalan lagi Dato.. nama Saya Putli Talhata dan anak saya Muhammad Safwan B. Safri. bleh ke dato tafsirkan nama saya dan anak saya.. hantar Face book pn tak pe… Teima Kasih Dato..

  10. umar79 says:

    “Ya ALLAH jadikanlah pembaca petua ini berjaya didunia dan diakhirat…amin”

  11. marwa says:

    petua yg sangat2 berguna utk dipratikkan setiap pasangan yg berumahtangga..terima kasih dato’.

  12. sharifah atiah bte syedabdullah says:

    Asslmkm Dato,

    Alhmdlillah petua keluarga bahagia yang sangat perlu diamalkan jika inginkan kebahagian hidup berkeluarga. Jika hanya di baca tanpa diamalkan tiada makna ya Dato. Dengan saya ucapkan tk pada Dato kerana ia memebri penagajara dan ilmu kepada saya untuk amalkan pada keluarga saya. Semuga Allah anugerahkan keluarga bahagia kerana Dato telah memberi ruang kepada kami untuk mencapai kebahagian melalui petua ini.

  13. sharifah atiah bte syedabdullah says:

    Asslmkm Dato,

    Alhmdlillah petua keluarga bahagia yang sangat perlu diamalkan jika inginkan kebahagian hidup berkeluarga. Jika hanya di baca tanpa diamalkan tiada maknanya ya Dato. Dengan saya ucapkan tk pada Dato kerana ia memberi pengajaran dan ilmu kepada saya untuk amalkan pada keluarga saya. Semuga Allah anugerahkan keluarga bahagia kepada Dato dengan memberi ruang kepada kami untuk mencapai kebahagian melalui petua ini.

  14. ain says:

    salam..temekasih dato’ ats petua2 yg telah diberikan……..insyaALLAH saya akn prktikan dalam family saya

  15. nurul says:

    salam…masalah saya sekarang ini saya tidak pernah merasa bahagia bile bersama2 dengan keluarga,ibu bapa tidak sepahaman dan selalu bertengkar tentang hal yg kecil dan keduanya tidak mahu mengalah.bapa pula suka membawa masalah kerja dirumah dan masalah di rumah ke tempat kerja..bapa pula seorang yg egonya tinggi dan tak boleh sesiapa menegurnya..bolehkan ustaz membantu saya?

  16. Noreen says:

    assalamualaikum Dato,saya dah berkahwin 5 thn lebih….saya kahwin tahun 2005,semasa tahun 2008 dlm hubungan kami ada org ke3…waktu ituanak saya berumur 2thn..suami saya kerja di pasaraya dan waktu itu bulan puasa,2mggu lagi nak raya…dia mula berhubungan dgn sorg perempuan yg juga ada hati dengannya..selama ini saya tidak pernah check phone suami saya sebab saya percaya dan yakin sepenuhnya terhadap dia…pagi tu dia saja tinggalkan phone supaya saya dapat tahu…. semasa saya baca mesej2 tu saya tak boleh menangis,cuma saya rasa suami saya cuba menduga saya..bila dia balik dari sembahyang saya tanya baik2…dan dia kata betul dia ada perempuan..dan saya suruh dia buat pilihan dan dia mintak maaf kat saya sebab die pilih perempuan tu…dan dia ada niat untuk menceraikan saya…tapi perempuan tu kata dia sanggup jadi isteri ke2..lepas keluarga mertua saya tahu dia masih berkeras nak perempuan tu..saya dah macam tiada hati lagi tak dapat nak berkata-kata…sampai keluarga mertua saya tak nak terima dia sebagai keluarga kalau dia pilih juga perempuan tu..masa tu dia terkelu antara saya atau gadis pilihannya…suami saya bukanlah orang yang berduit untuk kahwin dua…jadi dia akan lepaskan saya,tetapi lepas keluarga perempuan tu tahu dia derkahwan dengan suami org perempuan tu terus jauhkan diri dari suami saya dengan alasan keluarganya tidak terima…selepas balik dari rumah keluarga mertua,saya masih lagi menanyakan siapa yang dia pilih,suami saya kata dia akan pilih perempuan tu jika perempuan tu masih mahu menerimanya tapi kalau perempuantu tidak mene rimanya dia akan pilih saya….lagi sekali hati saya macam dicincang-cincang sampai saya berkata kepadanya “abang ingat saya ni sampah kalau abang nak, abang amek, kalau abang tak nak, abang buang”….dia terus beredar pergi kerja…bila dia balik,dia mintak maaf,dia pilih saya…bila saya tanya,rupa-rupanya perempuan tu tak terima dia lagi…
    Dato sampai sekarang saya masih terasa hati terhadap suami saya,saya cuba pujuk hati saya tapi tak boleh kembali ceria seperti dulu…..apa yang patut saya buat Dato?

  17. manja says:

    suami saya suka memaki dn mencerca setiap kali dlm keadaan marah. Dan slalu bangkit. Tlg lah…

  18. wanis says:

    assalamualaikum Dato’….
    Saya tak tahu nk ngadu nasib kat sape…harap2 Dato’ dpt tolong respon ngan masalah rumahtangga saya. saya tahu memang saya tak patut marah suami saya,dan saya tahu itu memang dosa tapi kalau sy x berontak dan cakap apa yg patut sampai bila2 pn sy akn makan hati dengan perangai suami saya. Suami saya bukanlah seorg yg jahat,dia boleh dikategorikan alim, semayang kdg2 x ckp 5x sehari,posa pn tinggal juga dan dia suka ceramah mengenai Islam kpd sesiapa saja (berdakwah). Maybe apa yg dia sampaikan ada benarnya juga…org kata ada ilmu la juga tp saya keliru sebab apa yg dia nasihatkan org ataupun saya dia tak lengkapkan utk diri dia dahulu. Org melayu kata ckp x serupa bikin. Dan dia seorg yg x boleh terima nasihat atau pandangan dr org lain terutama saya dan org tua saya melainkan mak dia atau nenek dia. Tapi mak dia selalu sokong apa yg dia buat bagus sebab dia pandai berlakon bagus dpn family dia. Dia suka hina saya dan family saya… Hampir 3 thn sy kahwin dgn dh macam2 hinaan cacian sy dpt, dia kata sy perangai mcm syaitan mcm mak sy dia kata, sy bini mcm barua,sy bini bodoh,sy bini pekak babi macam lagila… adakah Suami yg menurut agama Islam perlu bersifat begitu…Kata2 dia cukup kasar…klu marah je keluar hang aku…pggl syg x pernah lgsung. Baru2 ni pulak dia ada hobi baru gila mengail… Saya x kisah dia mengail sebab kalau hari minggu saya dan anak ada ikut juga dia pergi mengail, tapi saya tak suka sikap dia yg abaikan keluarga lebihkan kawan semata2 nk mengail. Sanggup lebihkan kawan wat serampang dua mata nk tangkap ikan sampai mkn utk anak bini x boleh nk beli,dia suruh sy pergi cari sendiri,dia amik ank kt umah mengasuh pn xpe(selalu sy yg ambil dan hantar),sy pn x kisah la..ingatkan dia x larat keluar ke..xpe sy pi beli makan wpun masa tu saya baru balik dari keja dan tgh posa. Balik ke rumah terus dia ckp satgi nk pi jala udang,luluh hati sy mendengarnya..lembut lutut. Pastu ank sy pn dia x bancuh susu sedangkan dh lama blk…semua tunggu saya. Xpa sy sabar lg. Pastu selalu tiap2 mlm dia main ngan ank tp kerana kawan dia sanggup keluar dengar ank tengah menangis nk ikut dia. Esoknya sy ada program ceramah bersama Dato Harun Din anjuran tempat keja sy pd hari jumaat jadi pg tu dia kena jaga ank. Dia dh biasa jaga ank dan pandai buat moi utk ank tp kerana hasad dengki dgn sy dan nk cr pasal ngan sy dia x buat moi utk ank. program sy abis lewat hampir2 pkl 1,sy teringat dia nk p solat Jumaat sy kejan bawa keta.. On the way nk blk dia htr sms kt sy kata “pasaipa x blk lg,aku nk pi semayang” pastu dia htr lg “hang x blk terus pn xpa”. Dato bayangkan apa saya rasa… Xpa saya sabar lg…sy blk nangis htr sms kt dia gamak kata kt sy camtu, bukan sy pi enjoy,sy pi majlis ilmu ats anjuran tempat keja yg kedatangan diwajibkan. Pastu ank nangis dia nk buat moi tapi sayur xdak,dia nk pi kedai ank still nangis..dia mai amik ank kt saya,dia kata lg kt saya mak jenis apa ntah bukan nk pikir ank nk mkn apa…kot pg2 sebelum pi nk buat moi ank…pi camtu je x blk pn xpa…dia kata lagi sedih saya… Bukan sy x mahu buat moi tp dah 2 hari sy bgtau dia sayur xdak,langsung dia x amik kisah nk beli ke..dia keja dok kalut buat serampang dua mata kt kawan dia.. Dan Dato fikir kenapa nk tunggu sampai sy blk br nk reti buat moi,nk reti pi kedai cari sayur,maknanya sy pi keja dia x buat mkn utk ank sy..sakitnya ati sy hanya Tuhan saja yg tau… Dan hari tu saya ngamuk gila,saya keluar apa yg saya x puas ati dlm diri sy,mengenai tggjwb dia,mengenai apa yg perlu di utamakan dulu…mengenai nafkah zahir dan batin yg dia abaikan kt sy… banyak Dato…x abis klu sy nk cerita kat sini… Dan saya rasa sia2 saja usaha sy selama ini…apa yg sy luahkan pn x ubah seperti mencurah air di daun keladi… masuk telinga kanan keluar telinga kiri… sikit pn x ada rasa kasihan atau tersedar ttg kesilapan dan kealpaan dia selama ini… Dia hanya diam membisu,xder apa2 respon hatta utk meminta maaf atau nk berbincang apa yg dia x puas ati.. abis tu mcm mana Dato’. Utk pengetahuan Dato,sy dh lama x rasa tdo sebelah suami,dia marah sy suruh letak ank tengah2…dan dia x tahu nk bermesra, beri sentuhan dan belaian kt sy…saya rasa mcm org asing je… kdg2 diri diperlakukan x ubah seperti hamba.. arah itu arah ini,wpun sy br blk dr keja dan dia cuti aritu…x ada langsung perasaan kasihan dia kt sya…begitu keras dan hitamnya hati dia. Dah macam2 sy buat sebelum pergi keja saya salam tgn dia tp dia x reti lgsg nk cium dahi ke pipi ke…Lama2 sy pn give-up Dato, sampai bila sy nk bertepuk sblh tgn,,sy sorang je dok pulun bg perubahan dlm umah tangga sy… Dato tlg bgtau apa patut sy buat…Saya dh cukup sabar dgn kerenah suami sy.. sy ajak dia pi mahkamah syariah minta kaunseling dia xmau dia ajak saya pi tgk bomoh… Bantu sy DAto’… Saya insan yg lemah..sy pn x mahu hidup selamanya derhaka dgn suami. Apa sy buat semata2 nk sedarkan suami sy…

  19. shinah za says:

    Wanis….berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…Sedih juga saya baca cerita awak…Hampir2 sama….kalau saya kata saya ada masaalah dengan suami, masaalah awak lagi berat daripada saya….aya pun teringin mengadu pada sesiapa yang boleh memberi pandangan…Tetapi Apa yang boleh kita lakukan…? Hanyalah dengan mengadu dan berdoa pada Allah semoga segala masaalah yang kita hadapi di permudahkan oleh Nya..

  20. satu perkongsian yang hebat oleh tuan tanah.. dan sangat2 berguna untuk di amalkan..

  21. ChaCha says:

    Sedih jgk ler dgr kisah si wanis nie…kita nie wanita mmg slalu disalah anggap menjadi punca kepada segala masalah rmhtgg..bru2 nie pun saya tgh dilanda masalah rmhtgg juga…saya trlepas cakap(saya tau saya salah) sbb terlalu marah dgn tindakan suami yg buat kputusan tanpa memikirkan hati saya..saya cakap baik2 tapi tak kenak layan balik…mana tak marah…skrg nie dah sebulan lebih saya dgn suami berjauhan krn suami mjaga ibu nya yg sakit di tempat lain..saya tak kesah dia nak jg tapi at least dia bagitau dulu perancangan dia,jgn main sedap jer nak jalan trus…tgh hangat bergaduh hari tue,bpk mentua pulak cmpurtgn sampei mcm cerita2 yg bukan2 kuar…saya tak puas hati sbb apa yg saya tau suami bukan jenis mcm tue…saya pergi jumpa suami scara senyap2 dan tanyakan hal yg sbenarnya..mula2 suami mgelak nak jumpa…lepas saya ckp di balik pintu ofis dia,bhw saya nak berubah utk kluarga kami bru dia sanggup bincang..saya tanyakan semua hal yg bpk dia critakan tempoh hari..mmg tak smua yg kuar dr mulut bpk dia adalah benar..suami mcm tersedar skjp..saya tanya suami,”awak masih syg kat saya ker?”..dia jwb sayang jugaklah…saya cuba buat perjanjian dgn dia di mn kami sama2 buat perubahan dlm hubungan kami nanti…masa tgh kami bru mula bbincng tue bpk dia serang saya kat tepon…mcm2 kata hinaan kuar…bpk saya pun tepon jgk tanyakan apa yg berlaku sbb bpk mentua tuduh saya jumpa suami senyap2 sbb nak pukul suami guna kayu…ya tuhanku,masa tue saya tak dpt nak kata apa2 pun sbb hanya tuhan saja yg tahu apa yg sbnarnya berlaku…lepas perbincangn kami selesai saya balik ke tempat asal.hubungan kembali baik cuma bertahan untuk 5 hari saja..suami mcm kena ugut oleh bpknya sbb mak mentua kembali koma..suami dan saya seolah2 dihalang drpd berhubung oleh bpk mentua…saya skrg nie tgh bersabar walaupun makan hati berulam jantung dgn sikap suami yg terlalu menurut kata kluarga…skrg nie saya dlm keadaan tertekan sbb saya tgh pegang cek duit suami sbb kami ada extra loan utk rmh,nak saya bank in,saya dah tak berapa percaya dgn suami sbb dia tipu saya bulat2 pasal kunci rumah tempoh hari sdgkan saya minta dgn cara baik…so skrg nie,separuh hati saya dah melayang manakala sparuh lagi menyuruh saya bertahan…saya dah tak tau nak buat mcm mana lagi nie sbb dah lebih sbulan saya tak berckp dgn suami sbb dia dah tukar no tepon…tolonglah saya dato…

  22. ctiey says:

    assalamualaikum ustaz…..
    saya berumur 27 tahun dan seorang kakitangan kerajaan.saya telah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun.sekarang saya tinggal berjauhan dengan suami dan anak saya.masalah saya adalah setelah tinggal berjauhan dengan suami,saya dapat tahu suami ada hubungan dengan seorang perempuan yang berasal dari terengganu.suami saya telah menyara perempuan itu meneruskan pelajaran dan segala keperluan perempuan itu dipenuhi tetapi suami telah mengabaikan tanggungjawab dia pada saya dan anak.suami juga tidak pernah memberi duit nafkah dan duit untuk berbelanja kepada saya.semua belanja rumah termasuk sewa rumah,bil air dan elektrik dan bayaran lain saya yang bayar.sehingga kadangkala saya terpaksa mengikat perut untuk pastikan belanja mencukupi.saya buntu dengan sikap suami.saya telah cuba untuk berbincang dengan suami tentang hubungan dia dengan perempuan tersebut tetapi sebaliknya saya telah dipukul tanpa ada belas kasihan.saya ingin bertanya kepada ustaz apakah lagi yang patut saya lakukan untuk pulihkan kembali hubungan kami suami isteri.saya sudah tidak athu ingin lakukan apa lagi.saya selalu berdoa pada tuhan agar saya diberi kekuatan untuk saya hadapi semua ni.tapi saya tidak tahu sampai bila saya mampu bertahan.kini,segalanya saya lakukan demi anak saya.tapi kadang kala saya rasa berputus asa. saya sekarang terlalu makan hati dengan sikap suami.saya harap ustaz dapat berikan panduan kepada saya.terima kasih.wassalam.

  23. ummi kalsum says:

    Assalamualaikum datuk,
    terima kasih atas petua2 yg datuk berikan, insyaallah saya akan cuba praktikkan di dalam keluarga saya. tidak dapat dinafikan, setiap pasangan pasti ada kelebihan dan kekurangan. terimalah seadanya kerana apa yg Allah dah tentukan untuk kita adalah yg terbaik buat kita. mari kita ambil contoh Asiah (isteri firaun) yg taat pada suaminya walaupun suaminya itu derhaka kepada Allah s.w.t. banyakkan bersabar dan mengadu kepada Allah kerana setiap masalah itu pasti ada hikmahnya dan setiap hikmah itu ada kemanisannya.wallahhualam.

  24. Nurul akmar hasim says:

    Aslkum, bestlh dato dpt diterima. Walaupn sy blum brumahtangga. Tp sy suke pnduan yg dpt dikngsikn.

  25. suria says:

    askum..dato..sy dh berkawin slama 5thun..dn dh ank 3org..sy slalu mkn hati dgn skap suami sy…dia bila berkejr tk per nk call sy..sms sy..bla sy cal dia,dia jwp dgn nada yg kurang bagus? sy amat terkilan dgn skap dia..kadang2 di rumah dia buat tk thu soal hati sy.sy dh cba berbincang dgn dia soal ni..tpi dia ttp dgn ego dia…mla dia ska jtuh kan harapan sy bla sy ingin laku kan sesuatu.tolong sy doto sy dh smikn tawar hati dgn dia.

  26. nurul azaniah says:

    seronok melihat kebahagian org…tp xsemestinye smua tnpa masalh ,masing2 dgn masalh masing2…

  27. shi says:

    salam dato” saya telah berkahwin selama 19thn , dari cerita2 /comment dapati mangsa kehidupan rumahtangga adalah wanita biarpun ketua/tanggungjawap adalah kaum lelaki dan saya tidak lepas dari permasalahan kehidupan ini. Namun saya berusaha yg terbaik utk keluarga yg saya /suami saya bina atas dasar kasihnya saya pada kehidupan yg allah kurniakan pada saya walaupun ada kata2 hinaan bertalu2 darinya sendiri terhadap penampilan/pendapat saya dr itu maaf saya katakan keegoannya sebagai lelaki/suami terlalu tinggi hingga merendahkan mertabat isteri/pasangannya. Lelaki yg tiada kesungguhan menjalankan tanggungjawab yg allah peruntukkan utknya dgn memberi ganjaran yg lebih dr kaum wanita…

    persoalan saya sekrang apakahmaksud privacy pasang yg tidak boleh diganggu, jika fb, chatnya, passward fb tidak boleh tahu kah…itu privacynya .sedangkan ini isterinya yg sah dunia/akhirat . sedang kaum wanita banyak hukum larangnya/ tidak adakah hukum larang kaum lelaki ..mereka ada nafsu dan akal juga tetapi dizaman sekarang lebih mengguna nafsu..maafkan tanggapan saya..semuggaallah memberi pertunjuk kepada saya….boleh dato beri pandangan!..terima kasih

  28. nora says:

    Macam2 kisah masalah rumahtangga yang saya baca. Rupa2nya ada yang lebih teruk lagi dari masalah sya. Rata2 suamila puncanya. Kesian kaum wanita. Masa bercinta bukan main sayangnya. Bila dah kawin lain jadinya. Walaubagaimana pun sya cuba buat yang terbaik buat suami dan sentiasa berdoa dan bersabar. Sya pasti Allah akan beri ganjarannya. Walaupun bukan didunia tp di akhirat kelak. Ingatlah kaum isteri semua, buatlah kerana Allah. Inilah yang saya sdg cuba praktikkan untuk kebahagian rumahtangga sy yang sedang bergolak….

  29. Ct_sarah says:

    Sya perlukan prtolongan,suami sya tiada perasaan langsung kt sya stelah sya cerita ksah dia curang kt adik beradiknya..kini sya duduk asing dh sbulan..dia juga nk ceraikan sya..

  30. Bunga_rimba says:

    Salam,sya bkn nk aibkn suami sya perlukn pertlongan utk bkongsi msalah sya ni..sya buntu mmikirkn nsib sya dn ank2 3 org yg kcil 4 bln..tpi sya tpksa..utk mdpt pndngan.kisahnya bmula bila suami ada pompuan lain..sya x tau dmana silap sya shinggakan dia curang dblakang sya..kmi kwin ats dsar suka sma suka..pkahwinan kmi sudah mjangkau 8 thn lbih..dia pnah berterus terng dgn sya..yg dia tiada hati dgn sya lg..dn ingin mlpskn sya..bila ksah dia curang saya ceritakn pd adk brdiknya..ktanya sya aibkn dn maruah dia,sya mlukan..dia dh antr sya kt rumah bpk sya dn kmi tdk smesra dlu lg..dia pernh mki sya dlm sms dgn kta2 yg myakitkan.. dia jga x sukakan sya lg..dia anggap sya org asing.sya cuba bsabar tpi ksbran sya ada btasannya..sya jga prnh mminta bntuan seorg uztad utk tgk klu2 suami sya tkena guna2..tnyata btol rmalan sya..dia tmkn bnda kotor tpi dia x nk p berubat..ktanya dia sihat.,.puas sya nsihatknnya supaya berubat tpi dia enggan..bntulah sya..apa yg hrus sya lakukan

  31. diya says:

    Saya minta izin untuk copy & paste untuk berkongsi kepada kawan2 di facebook saya. Terima Kasih.

  32. roslizalatif says:

    Kami mengamalkannya,anda pula bagaimana? Selagi hidup kita berpandukan Al-Quran dan Sunnah Insyaallah bahagia..

  33. rus says:

    akm dato….mcmne nk membentuk hati isteri saya yang keras…yang tidak boleh ditegur langsung….ia mcm xboleh menerima setiap teguran dan nasihat saya walaupon dia tahu benda yang ditegur itu kearah kebaiakan dia jugak….tolong dato???????????????????????

  34. faith says:

    kesian kawan saya…menangis-nangis mengadu suami mengendahkan dia mengajak untuk solat….”Tak mendatangkan faedah solat”, kata si suami…kesian dia…aku menenagkan dia dan menyuruh dia jgn berhenti berusaha dan berdoa…

  35. faith says:

    Assalamualaikum Dato’….sebagai seorang isteri saya tak mintak yg bukan2…cuma minta dia solat…sukarnya saya nak pujuk dia..keras hati..mungkin sebab ego dia tinggi…selama ni pun pandangan saya selalu ditolak mentah2…saya isteri jadi saya ikut saja apa dia kehendaki…tapi permintaan saya tentang solat pun ditolak..betul2 meremukkan hati…pedih rasanya bila dia kata solat tak mendatangkan faedah… sedih nya saya….berilah nasihat kepada saya Dato’…

  36. Rina says:

    Perlu ada tolak ansur di dalam perhubungan. Utamakan keluarg daripada kerjaya kerana kadangkala kerjaya boleh mengundang derita dan menarik kebahagian sesebuah keluarga .

    Kunci utama adalah bertolak ansur.

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] diri yang tidak ternampak oleh kita, namun di nampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru, atau pun sahabat […]

  2. […] Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga. […]

  3. […] Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalamusaha memulakan keluarga. […]

  4. […] pasangan dengan apa cara sekalipun. 63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t. sumber : http://feryco.com/63-petua-keluarga-bahagia Tajuk di atas sekadar gempak kepada peminat dan penentang Anwar dan Wan Azizah… Moga kita […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!