Berdoalah Kepada Ibu Bapa

Posted on October 11, 2010 under Fadzilah Kamsah by

“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Berdasarkan Hadith Nabi:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya).

Source: PerMaTaHaTiku::QaSyaEriL::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

13 Responses to “Berdoalah Kepada Ibu Bapa”
  1. humairazulkarnain says:

    Assalamualaikumwbh..ana byk amik and kongsikan entry dr sini…..syukran n mohon halal…

  2. miraedora says:

    assalammualaikum,saya ingin tahu sekiranya kalau ibu sndiri tidak mengaku kesalahan dia apa hukumnya?contoh,saya ada 4adik beradik,saya anak yg ketiga dlm keluarga,abng yg sulung berkerja belom kawin,kakak dah kawin anak 2,saya no3 dah kawin anak 2 jugak,adik bongsu saya kawin koboi anak luar nikah
    kakak saya seorng berpelajaran tinggi tapi suka carik silap orng lain sedangkan dia sndiri nyak buat silap saya jadi mangsanya,masalahnya kakak dan adik bongsu saya bersifat irihati dan dengki terhadap saya walhal saya tidak niat begitu,mcm mak saya plak suka bezakan saya dan adik bongsu,katanya adik saya ni berpikiran mantang,tahu jaga diri,sampai adik bongsu saya maki hamun saya pun mak saya talakkan saya begitu sedih dan kecewa,saya cakap yg benar pun mereka takle terima malah dicaci,boycott,dihina sebagaimana.bapa saya suka dengar kata mak saya yg suka menyebelahi adik bongsu saya yg banyak buat dosa besar keatasnya,sampai sekarang anak2 saya pun keluarga saya tak kasi sayang terhadap cucu mereka.kadangkala bukan silap saya,saya jadi mangsa mak saya suka mengadu menjeje keburukkan saya dan suami dan anak2 saya,sumpah serana terhadap saya,sedangkan keburukkan telah mak saya lakukan terhadap suaminya sume saya tak pernah menjejekan kepada sesiapa pun.sampai saya tanya mak saya knape mak lahirkan saya kalau mak anggap saya ni anak tiri bkn anak darahdagingnyer?dia takle jawap.saya tahu buruk mcmane pun mak saya buat keatas saya selama ni saya tetap doakan ibubapa saya semoga dibuka pintu hidayat taubat keatas mereka?tapi sampai sekarang saya tetap berdoa walaupun hati saya kecewa perbuatan mereka dan saya fikir saya pun ada anak juga.PS/dari kecil saya dah mula rasa tersingkir dari keluarga saya,sehingga saya takda sesiapapun mengadu,saya mula bebual ngan mop,bantal busuk,terpendam didlm hati doa kpd allah semoga saya dicabut nyawa,dikungkung
    bila adik beradik mula carik pasal saya dibiarkan dipukulan ditendang belasah teruk2 tiada orng peduli sekian wassalammualaikum

  3. SitiNursiahHashim says:

    Sungguh bagus info yg di publish di sini..terutamanye dr perseptif Islam..Terima Kasih..Minta dihalalkan dan dibenarkan jika saya ingin share dgn rakan-rakan saye di luar sana.. :)

  4. adieq says:

    Assalammuaaikum~~??

    apakah hukum seorang ibu kandung yang melahirkan anaknya tp tak pernah mengambil tahu tentang anaknya kandungnya yang dibela sejak lahir oleh ibu tirinya~?
    setelah berumur 16 tahun anak kandungnya berusaha mencari ibu kandungnya untuk minta dihalalkan kelahirannya kedunia ini dengan penuh sempurna..
    tapi ibu kandungnya seolah2 tak endahkan usaha anak perempuannya tersebut… malah sehingga sekarang ibu kandungnya sering mencari kesalahan anak perempuannya yang idup dalam kesakitan serta penderitaan n anaknya tidah pernah diberi peluang dalam kehidupannya malah ibu kandungnya sering memandang rendah kpadanya… walhal anaknya itu menjalani kehidupan yang sngat menderita..

    anaknya adalah seorang ibu tunggal kepada seorang anak n sering diuji dengan penyakit.. walaupun sudah saheh berpenyakit tp ibu kandungnya sering mempersoalkan tentang kebenarannya dan beranggap anak perempuanya itu sering beralasan… ia mengatakan aku mempunyai naluri seorang ibu sehinggakan tiap perkataan yang keluar dari mulut ibu kandungnya pasti mengguris hati anaknya yang terbiar menderita itu tanpa mau mendengar penjelasan.. bukankah jika ia mempunyai naluri seorang ibu dia akan lebey tau yang anaknya sedang menderita berperang dengan penyakit disaat ini..

    anak perempuannya juga adalah seorng ibu tunggal sudah pasti dia juga mempunyai naluri seorang ibu bukan…??? ibu tirinya sering memberi semangat dan terpukul disaat kesedehan anak tirinya yang sering difitnah oleh adek beradiknya, rakan sekerja yang sering membuli diatas kesabaran anak tirinya itu.. sentiasa memberi sokongan agar anak tirinya kuat semnat untuk tempuhi segala ujian Tuhan ini dengan penuh tabah.. bagaimanakah ingin anak perempuannya sampaikan kepada ibu kandungnya dalam setiap doanya xkan lekang mendoakan keselamatan, kebahagiaan dunia akhirat, keberkatan dan kaseh sayangnya untuk kedua ibunya itu dan ayahnya yang sudah meninggal sejak usianya 15 tahun..

    hnya Allah yang Maha mendengar dan menyaksikan penderitaan beliau..apakah hukumnya dan apa yang patut dilakukan anak ini untuk menenagkan kehidupannya dengan pelbagai ujian ini…~~~???

  5. SO says:

    Assalamualaikum.
    May Allah bless you and your efforts.
    I would like to ask for the reference of the mentioned hadeeth. Jazakallah khair

  6. RH says:

    alfatihah, saya sedeqahkan pahla al fatihah ini kepada kedua ibu bapa saya, amin semoga roh mereka dicucuri rahmat allah subhanahu wa taala. jazakaAllah khair.

  7. Ateelia Abdullah says:

    Saya berdoa selepas solat khusus utk keduanya begini: Ya Allah, ampunilah kedua ibubapaku, kasihanilah, sayangilah dan rahmatilah mereka kerana mereka telah memelihara, membesarkan, menjaga, mendidik dan menyayangiku semenjak kecil. Jika keduanya ada melakukan kesilapan sepanjang hidup mereka, janganlah Engkau mengira mereka besalah dan janganlah hukum mereka, sebaliknya ampunkanlah keduanya, tinggikan darjat mereka dan muliakan kedudukan mereka. (teruskan sebab keduanya telah tiada) Ya Allah, terangkan, luaskan dan lapangkanlah kubur mereka, jauhi mereka dari azab kubur dan tempatkan roh mereka di sisi hambaMu yang soleh dalam taman2 syurgamu….serta Engkau temukanlah kami dalam syurgaMu…

    Doa yang saya himpun dari beberapa sumber…doa dengan yakin dengan sifat Allah yang maha pemurah dan penyayang…insya Allah

  8. ABDUL JAMIL says:

    Derhakakah saya sebagai seorang anak kerana tidak dapat memenuhi kehendak bapa yang mahukan kereta yang saya miliki yang saya gunakan untuk pergi dan balik kerja (kerani kerajaan). untuk makluman, bapa juga telah memiliki kereta tapi dia berkeras mahukan kereta yang saya gunakan. Dia telah menyatakan saya anak derhaka kerana tidak penuhi permintaan dia

    terima kasih.

  9. abe says:

    Khas buat miraedora…

    Bawak bersabar dgn ujian yg dihadapi. Allah mduga apabila kita minta dinaikkan drjat iman. Apa yg saudari alami semua adalah asam garam khidupan yg Allah tetapkn. Tidak semua yg dihajati akan dimkbulkn Allah. Allah akan beri mgikut cara yg dikhndakiNya. Semoga Allah mmberikan kkuatan pada kamu. Amin

  10. AfiqPunco says:

    berdoalah kepada ibu bapa atau berdoalah untuk ibu bapa? bukan berbeza ke? maaf..

  11. Jay says:

    Sepatutnya admin letakkn tajuknya ‘ Berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan Ibu bapa’. Komen ini saya tulis kerana ada yg terkeliru dgn tajuk tersebut dan ia telah menjadi satu perbalahan di ruang komen di facebook…

  12. jamaludin says:

    Moga apa yg kita doa kan kepada kedua ibu dan bapa kita akan di berkati oleh Allah SWT..
    Tanpa mereka kita tak dapat menglihat bulan,bintang,matahari dan awan..Jadi sesiapa punya ibu dan bapa jaga lah mereka dgn sempurna jng bagi mereka marah atau kecil hati dgn kita dgr nasihat mereka kerana mereka rasa garam dulu dari kita yg tidak ada ibu dan bapa doa kan mereka agar mereka agar mereka akan bersama org yg berimam..
    Amin Ya Rabbi..

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] This post was mentioned on Twitter by hidayah yassin, News @ Feryco. News @ Feryco said: Berdoalah Kepada Ibu Bapa: “Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau t… http://bit.ly/cJ35wo […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!