Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam

Posted on October 12, 2010 under Islam by

Oleh: Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam.

Source: PMM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

24 Responses to “Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam”
  1. Ingin berubah says:

    Assalamualaikum..
    Sye nk tnye apakah hkum brtindik bg llaki?

  2. warm cherry house says:

    bagus artikel ni……skrang baru paham……terima kasih…..

  3. haryo says:

    Menurut saya kurang kerjaan sekali mengurusi hal-hal yang kurang prinsip dalam ibadah. Masih banyak sodara-sodara kita yang sampai berusia tua belum menemukan “manis nya ibadah” dan atau “khusyu, tawadu’ dalam sholat”…masih banyak senior kita yang melakukan sholat hanya fisik nya atau casing nya saja..sementara bathin/ruhaninya melayang entah kemana…Bagi saya menggunakan atribut/acessoris2 tersebut tidak masalah..semua tergantung niat. Ada yang menggunakan tsb sebagai nilai-nilai seni dan keindahan…

  4. Cetek ilmu says:

    Assalamualaikm,

    Apakah Hukum menjual cicak tokek.Tlg Jelaskn.

    Trima Kasih

  5. HAMBA says:

    TK JADI MASALAH JUAL TEKEK …. JGN MENCURI SUDAH

  6. HAMBA says:

    BLUM ADE FATWA ATAUPU7N MN2 HADIS MENGATAKAN JUAL TEKEK HARAM…

  7. eriyadi says:

    Ass. Wr. Wb.

    Apa hukumnya bagi seorang lelaki memakai gigi palsu (yang disebab giginya patah atau rusak ) ??

    Trmksh

    Wassalam

  8. awaniey says:

    saya nak tanya apakah hukumnya memakaikan gelang kaki berloceng pada bayi lelaki saya berumo 4 bulan??

  9. aqieb says:

    adakh dlrang pkai cicin pd jry mnis dn jri klinking blah knan….?

  10. bad klang says:

    sblm ni sy ade trbace dlm bku amalan plndung dri dr syaitan,dlm bku tsebut ade mnceritakan tntg seorang shbt nabi yg trlihat skumpulan bnatang pmangsa mngerumuni haiwan yg tlah mati..nmun tidak berani makan atau amat dekat padanya..setelah disiasat..trdapat tgkal dilehernye, dan apabila dbuka trdapat ptongan ayt2 al-quran..setelah dbuang tangkal tsebut brulah haiwan pemangse itu mkan bangkai tsebut dgn lahapnye..dlm bku tsebut..mengatakan..bolehlah dtulis ayt2 tersebut(dalam cerite dlm bku tsebut) utk tujuan plindungan drpd syaitan dan bende2 laen yg merbahaya..dan dsmpan..
    soalan saya : bolehkah sahabat jelaskan lebih lanjut..adakah boleh dbuat tgkal ayt2 tsebut utk plindungan diri drpd syaitan dan bahaya bnatang buas? tgkal tsebut dpkai pd manusia..dharap sahabat dpat mmbantu

  11. nizam says:

    masih keliru dengan hukum memakai gelang/rantai tangan bagi lelaki… jika haram mengapa jemaah haji diberi memakai gelang/rantai tangan semasa mengerjakan ibadah haji…

  12. hambaMu says:

    salam…

    dalam tentera…ramai yg memakai rantai leher yg bertulis nama,nombor tentera dan juga pangkat….tujuannya adalah jikalau seseorang tentera itu dibom sekalipun…kita masih boleh mengesan siapa yg terkorban dengan melihat kepada rantai itu…masalahnya pada waktu bukan perang pun masih ramai yg memakainya….apakah hukum untuk pemakaian bagi tujuan ini?

    terima kasih..wassalam..

  13. hafiz says:

    apa hukum bg tentera yang memakai rantai pengenalan??? sdgkan islam mengharamkan pemakain rantai yang d perbuat dgn apa bhn sekalipun..waslamualaikum

  14. Papai says:

    Sy nak tanye, ape plak hukumnye memakai jam tgn? Jika difikirkan, ianye jg boleh dikategorikan sebagai gelang..tolong jelaskan ye. Timekasih.

  15. naz says:

    kalau pakai rantai, tp tak myrupai wanita mcmana?

  16. Haksa says:

    Saya mau nanya ustadz,

    Kalau menggunakan jam tangan atau arloji apakah dapat disamakan hukumnya dengan memakai gelang atau rantai d pergelangan tangan?

    mohon pencerahannya

    terima kasih :)

  17. HambeALLAH says:

    asalamualaikum .

    nak tanye ape hukumnye kalau lelaki bertindik ??

    tlong jelas kan !!!

  18. khairul says:

    assalammualaikum…saya ingin bertanya…memakai gelang adalah haram kerana ia merupai perompuan dan ia mengikut golongan lain…tetapi sekiranya seseorang itu minat dan tidak ikut mana mane ajaran atau mana mana golongan…dan orang tersebut rajin bersembahyang n tidak pernah tglnya…adakah insan tersebut dapat memasuki syurga Allah s.a.w?

  19. zarin says:

    Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).
    2 MAKSUD YANG BERCANGGAH…NABI DAH LARANG USTAZ TU CKP TIDAK MENGAPA.

    “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

  20. Aizzudin says:

    Assalamualaikum….
    nak tanya jari tangan mana yang lebih afdal memakai cincin.jari tangan kanan atau kiri.apa hukum memakai gelang walau gelang untuk perubatan…

    wasslam…

  21. Yusha'a says:

    Salam,
    Saya nak tumpang jawab kepada beberapa soalan disini.
    Harap tiada siapa yang marah.

    1) Hukum memakai jam tangan – Harus asbabnya jam tangan bukanlah gelang perhiasan namun alat untuk kita mengetahui waktu. Bukankah kita sebagai muslim harus menjaga waktu atau masa?

    2) Hukum memakai rantai bagi tentera atau jemaah haji – Harus, itu adalah tanda pengenalan diri disamping kad pengenalan. Andai kata Malaysia diserang dan kerahan tenaga dipanggil, rasa sempat tak balik rumah ambil rantai tu dulu? maka dipermudahkan. Masa Haji dalam ramai bersai atau tawaf andai kata kita dipanggil kembali terutamanya dalam ihram, ada tak dengan kita passport? kad pengenalan? Gelang tangan yang bertulis butir peribadi tu yang jadi tanda nama kita.
    Bagi sebarang tujuan perubatan “dalam lingkungan yang ada magnet, bio – magnetik aura dan yang sama waktu dengannya” adalah haram. Kecuali yang ada tanda untuk kesihatan seperti sesetengah gelang, ada maklumat laporan perubatan itu adalah harus kerana kalau kecemasan, doktor yang merawat ada maklumat lengkap.
    pendapat ini bukanlah membelakangkan hadis nabi, harap maklum

    3)Hukum bertindik telinga bagi lelaki – Haram bahkan tidak diizinkan menjadi wali (bagi sesetengah pendapat) kecuali bertaubat kerana perbuatan tersebut menyerupai wanita walaupun kita berbadan sasa dan kacak menawan ibarat nabi Allah Yusuf.

    Sekian Terima Kasih
    Harap sudi baca dan fahami, kita kongsi ilmu

  22. Rahmatullah says:

    apa hukumnya menggunakan gelang tangan atau rantai leher ( wanita & laki2 ) yg bertulisan nama Allah pada benda tersebut ?

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] sumber daripada: http://feryco.com/hukum-memakai-cincin-gelang-tangan-dan-rantai-leher-bagi-lelaki-islam […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!