Kebenaran Islam & Keajaiban Al-Quran

Posted on February 6, 2010 under Islam by

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan:

Dr Tariq Al-Suwaidan

Dr Tariq Al-Suwaidan

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran

Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24


Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :
Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

Masih ragu-ragu? Masuk Sini untuk kajian saintis mengenai peratus laut dan darat dari kajian manusia. Sesungguhnya Al-Quran itu benar dan diwahyukan oleh Allah kepada Rasullulah untuk menjadi pedoman umat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

25 Responses to “Kebenaran Islam & Keajaiban Al-Quran”
  1. MUSA says:

    Benar apa yang ditulis tntang Al-Quran itu. Masih banyak lagi perkara yang hebat tentang Al-Quran sebagaimana di atas. Cuba bayangkan.. bagaimanakah seorang manusia itu akan dapat mengarang sebuah buku.. yang rangkap dan bait-baitnya ditulis sedikit-sedikit.. mengambil masa 23 tahun lamanya.. sesudah itu baru dibukukan dan disusun setelah siap… menjadi sebuah buku yang kemudian terhimpun semua rahsia keajaipan di atas. Di tambah lagi, zaman di mana ia di turunkan belum ada mesin taip, komputer atau pun kertas. Dan ditambah lagi.. pengarangnya ialah seorang yang tidak tahu membaca. Melainkan inilah satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad saw.. yang menjadi kekal dan semakin terserlah di akhir zaman. Dan inilah bukti kerasulan Muhammad saw bahawa dia bukanlah pengarang kitab ini, dan sebenar-benarnyalah kitab ini dari Allah Subhanahu wa ta’ala.
    Allah hu Akbar.

  2. yuss says:

    YA ALLAH……
    KEBESARANMU SESUNGGUHNYA AMAT2 TINGGI…!

  3. Jafizah says:

    “Dan mengapa mereka masih tidak mahu beriman?”
    MasyaAllah…

  4. wawa says:

    Your link “KEBENARAN HITLER” not work.

  5. Miming says:

    Boleh maklumkan saya apa hukumnya Orang islam masuk gareja terutama ke majlis perkahwinan serta menghadiri upacara orang yg meninggal..

  6. takbir! Allahu Akbar..

  7. ASSALAMUALAIKUM ISLAM ADALAH AGAMA PALING PALING SANGAT BENAR KEDUDUKANNYA SEHINGGA BUKTI SEGALA DI DUNIA ADA KAITAN DENGAN AL-QURAN

  8. SAYA RASA APA YANG ALLAH TENTUKAN SEMUA ADA DALAM AL-QURAN CUMA KITA TIDAK MAHU MENKAJI AL-QURAN SAJA

  9. farhah says:

    subhanaALLAh…
    tiada tuhan melainkan DIa…

  10. m.azam says:

    Assalamualaikum.Sampai juga layarku kemari.Teruslah sampaikan kebenaran dan kebaikan yang ada didalam Al-Quran.Banyak kebaikannya dakwah ni.Ia adalah 1jalan yang punya 2destinasi.Kebaikan buat diri sendiri,juga buat pembacanya.Tahniah.

  11. Irwansyah says:

    Sehingga hari ini, para-2 sasterawan Arab tidak dapat meniru bentuk tulisan dan karangan ayat didalam Al-quran itu sendiri. Jika apa yang di war-warkan oleh puak kristian bahawa Al-quran adalah karangan Rasullulah, ianya amat tidak masuk akal sama sekali. Berdasarkan sasterawan Arab ternyata ayat didalam Al-quran bukan karangan biasa dan ianya dihuraikan dalan bentuk yang sangat indah. Dahulu ada seorang nabi palsu dizaman sahabat cuba meniru ayat seperti didalam al-quran dan ingin mengaku sebagai nabi namun ianya gagal. Ayatnya sahaja membuat orang lain ketawa kerananya.

  12. angga says:

    cuma mau tanya, 1 tahun dalam kalender islam ada berapa hari ya? makasih….

  13. f10 says:

    MasyaAllah..

  14. salbiah sujah says:

    Allahuakbar..aku yakin Allah itu benar..AlQuran itu benar..

  15. Muntasir says:

    Mashaallah, tajuk beginilah yang saya minat. Bukan macam dekat web lain, yang tahu nya khurafat saja. Inilah orang Melayu yang patut berubah. Kita bercakap tentang sesuatu yang tak ada bukti, contoh orang melayu tunjuk foto bagi dia sudah bukti. Salah. Kami mahukan bukti yang akal boleh menerima. Bukti yang ilmu. Bukan sebab tok imam boleh terbang atau boleh jalan atas air. Karut…

  16. sitihajarabdhamid says:

    Alhamduliliah…temukan saya dgn semua ini…indahnya Alquran

  17. ubay says:

    Ada banyak lagi dalam bukunya Qurais Shihab, yang ini aja deh. Buat mereka yang mempelajari Islam deengan maksud untuk men cari2 kelemahannya lalu menghantam Islam, apa koment anda tentang ini ????????????????????

  18. husin hasan says:

    benar lah al qur an itu ada yg sebenar2 milik Allah.. segala sesuatu di dalam nye ada lah benar belaka….

  19. hamba allah says:

    subhanallah….(maha suci allah)tiada tuhan selain allha dan muhammad itu pesuruh allah…allah akbar….islam adalah agama yang akan membawa kita ke syurga….islam juga agama yang paling benar dan lurus….allah akbar…

  20. hamba allah says:

    maaf salah ada salah eja allah tu…harap maaf

  21. Ramzi says:

    Subhanallah
    Semoga makin mempertebal keimanan kita pada Allah SWT

  22. Azizan says:

    Salam. walaupun ternyata al Quran itu benar, mengapa masih ramai lagi orang-orang yang mengaku Islam tidak yakin dengan Al Quran. Contohnya mereka mengutamakan undang-undang barat / sekular untuk menyelesaikan masalah dari undang-undang yang diturunkan oleh Allah yang sudah pastinya terbaik untuk mentadbir dunia.
    Fikir-fikirkanlah.

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan […]

  2. […] dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!