KJ: Adakah Saya Sedang Minum Dalam Gambar Itu?

Posted on April 21, 2010 under General by

Khairy Jamaludin Minum Arak

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung.

Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.

Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu?

Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya.

Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.

Wartawan: Adakah anda menyalahkan media?

Khairy: Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada ‘anda juga’ siapa mereka sebenarnya?

Semua pihak – politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.

Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis.

(Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi ‘diserbu’ oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan: YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan…

Khairy: Saya mesti pergi, saya mesti pergi.

Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol…

Siapa? Saya mesti pergi…Huh? Apa yang perlu diserang?

Boleh komen mengenainya?

Apa yang perlu diserang?

Mereka menggunakan foto yang kontroversial…

Foto kontroversial apa itu?

…menunjukkan seorang lelaki sedang minum…

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Wartawan: Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda…

Source: Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

8 Responses to “KJ: Adakah Saya Sedang Minum Dalam Gambar Itu?”
  1. Muslimin United says:

    Walaupun tak minum, tapi bagi aku kalau seorang yg nak jadi pemimpin ada kt tempat camtu pun dah cukup hancur.. Xpayah tunggu amik gambar tangan pegang botol arak..

  2. no war says:

    btul3..aku sokong sangat2…ni lh dia KJ..Kaki Joli..wahai penyokong2 KJ..berbanggalh kalian kerana mempunyai pemimpin yang pandai ‘cakap x serupa bikin’..org mcm ni lh yg bakal menghancurkan agama bangsa dan negara…jgn terus jd UMNGOK..

  3. ila says:

    astagfirullahaladzim..

  4. ismail says:

    untuk buat perkara baik tidak semistinya kita kena lakukan sendiri begitu juga jika melakukan perkara yang tidak baik, tidak semistinya kita lakukan sendiri…wahai saudara seagama ku… itulah yang dinamakan ‘SUHBAHAT..’

  5. monkey says:

    bandingkan ini dengan seorang yg mengaku menegakkan Islam, tetapi berhimpun dan beraras di atas duit org kafir..

  6. lalola says:

    itu dia mata sombong si khairy….tak syak lagi..sah2 kj

  7. Lady says:

    Macam mana nak minum lagi dah mabuk teruk , Pelayan pun dah letih.

  8. namkol says:

    this is really funny.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!