Pemakaian Cincin Mengikut Islam

Posted on March 1, 2011 under Islam by

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:

  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)


dan janganlah memakai pada jari

  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

28 Responses to “Pemakaian Cincin Mengikut Islam”
  1. retusa says:

    isshhhh….. mujo xsuker pake cincin…. hubby bg cincin..pun simpan jek…

  2. munirah says:

    bagaimana kalau pakai di ibu jari ya?
    katanya sama dengan cara monosexual. boleh bagi komen pasal hal ini?

  3. yasin manab says:

    assalamualaikum….bagaimana jikalau memakai cincin yg dijumpai,padahal cincin itu mempunyai tuan,maksud saya tuan cincin tersebut adalah seorg dari alam ghaib yg menjaga isteri saya ????

  4. nadzri says:

    to retusa:

    puan, anta perempuan.
    takda masalah nak pakai pada mana2 bhgn jari tangan anta kerana tiada larangan bg kaum perempuan untuk memakai mana2 jari yang dia suka.
    cincin emas, perak etc pun tak ada masalah kerana ia memang perhiasan untuk kaum perempuan.

    larangan ini untuk kaum lelaki. makruh pada jari telunjuk dan jari tengah.
    memakai di tangan kanan atau kiri, ada khilaf ulama’.
    memakai cincin emas hukumnya HARAM.

  5. shamshuib says:

    tuan yasin manab. Ikut perkiraan ilmu saya yang sedikit ini, kemungkinan isteri tuan mempunyai saka (jika dikatakan di’jaga’ oleh ‘seseorang’ dari alam ghaib. Apa2 pun, saya nasihatkan tuan merujuk orang yang betul dan selayaknya dalam bidang ini. Bolehlah tuan layari website2 ini dan berhubung terus dengan tuan punya website. InsyaAllah akan bertemu jawapannya.
    http://www.urutbatinrawatsihir.com/
    http://www.darussyifa.org/index.php
    http://terapi-alfatah.blogspot.com/

    pesanan saya: jangan kita terpedaya oleh mainan jin dan syaitan, kerana kita tidak perlukan penjaga dari alam lain, melainkan dari Allah jua tempat pergantungan.
    wallahua’lam

  6. sha says:

    Assalamualaikum..

    saya confuse sikit..dalam entry, katanya cara pemakaian termasuk lelaki dan wanita..tapi brother nadzri cakap, untuk wanita, jari mana-mana pun boleh..dan larangan ini untuk lelaki yang mana makruh pakai pada jari telunjuk dan jari tengah..

    mohon diperjelaskan..terima kasih~

  7. APAN says:

    kepada tuan blog…

    aku ada siarkan entri ni dalam blog aku. kalau tuan blog rasa tak nak bagi, bagitau ye…

    tq :)

  8. fairus says:

    Xboleh share ke???

  9. fairus says:

    maaf…x perasan ade colom tuk share…=)

  10. FMN says:

    Assalamualaikum, Can I use the above image in my blog? THank you.

  11. mad odiq says:

    dalam islam apa ada tukar cincin? mohon penjelasan

  12. shahida says:

    Salam.
    COnfused. dalam post tu tulis, applicable for both male and female. tp Nadzri said, and I quote “anta perempuan.
    takda masalah nak pakai pada mana2 bhgn jari tangan anta kerana tiada larangan bg kaum perempuan untuk memakai mana2 jari yang dia suka.”

    Can someone clear up this confusion please?

  13. saya says:

    jika saya memakai cincin d jari tengah dengan alasan cincin itu terlalu longgar sebab cincin itu pernah hampir2 hilang d sebabkan saya memakai d jari manis.mohon penjelasan(cincin pemberian dr ibu mertua semasa majlis pertunangan dahulu)…

  14. nuar says:

    “puan, anta perempuan.
    takda masalah nak pakai pada mana2 bhgn jari tangan anta kerana tiada larangan bg kaum perempuan untuk memakai mana2 jari yang dia suka.
    cincin emas, perak etc pun tak ada masalah kerana ia memang perhiasan untuk kaum perempuan.

    larangan ini untuk kaum lelaki. makruh pada jari telunjuk dan jari tengah.
    memakai di tangan kanan atau kiri, ada khilaf ulama’.
    memakai cincin emas hukumnya HARAM.”

    >>ada salah faham dlm pernyataan saudara nadzri. yg sebenarnya, kedua lelaki dan perempuan tidak boleh memakai cincin di jari telunjuk dan jari tgh kerana menyerupai kaum yg dilaknat. sunnah Rasulullah memakai cincin di jari manis dan jari kelingking.

    perbezaan pemakaian cincin adalah terletak pada bahan buatan cincin tersebut. lelaki adalah haram memakai perhiasan dr emas melainkan darurat. malah emas putih juga adalah haram dipakai lelaki.

    p/s: dan x dilupa, panggilan ‘anta’ adalah untuk lelaki. perempuan ‘anti’..

  15. is says:

    assalamualaikum..
    sye ingin tahu apakah hukum memakai cincin di ibu jari???
    kerana sye lihat rmai yg memakai cincin di ibu jari terutamanya kaum lelaki…
    dan sye ingin tahu sbbnye…

  16. leya says:

    saya ada cincin pemberian ibu saya, dulu saya memakai di jari manis, tetapi skrg sy makin kurus, jd jari kelingking dan jari manis terlalu kecil utk cincin itu, hanya jari tengah shaja yang muat2…sy memakai cincin itu kerana ingin menjaga hati ibu saya..sekiranya sy nak pakai cincin itu, sy terpaksa memakai di jari tengah..bagaimana dengan situasi saya ini?

  17. lee.n says:

    saalam. bagaimana pula kalau kit apakai cincin demak atau lebih dikenali sbg cincin besar yang menjadi trend skg di jari tengah. apa hukumnya? mohon jelaskan. :) thankyou.

  18. azizan says:

    haram memakai cincin dibu jari krn itu cara org yahudi…blh pakai pd jari tngah dng syarat ade cincin djari manis.xblh hanya djari tgah saje..Wallahualam..

  19. kloveill says:

    prnah trbaca hadis nie,
    tp bla tnya kt ustazah, dy ckp xpe pkai jri tgh, dy refer 2 phak jakim i think, n dy ckp ag ad byk pndpat, trplang utk follow mna 1 pom,.. hmm,. compius!

  20. diya lee says:

    salam,,nk tnye..leaki haram pkai emas dan perak,,ke emas je? silver tu perak ek..maaf ea..mohon pnjelasan

  21. yaya says:

    tapi kalau cincin saiz besar cane??

  22. mieza says:

    As salam,,maaf mohon pnjelasan yg kukuh larangan ini hnya pada lelaki shja @ lelaki n perempuan??bagaimana pula situasi klau cincin itu longgar n hnya bole d pkai d jari hantu tngan kanan…???

  23. mi says:

    slm…kalu due2 jari manis sakit…mgelupas….xboleh pakai jari klinking sb longgar…..then pakai kt tgh smntare jari pulih,…x berniat nk ikot kaum luth…xp k?

  24. mi says:

    tp x lame pon pakai di jari tgh….lgpon x selese pakai jari tgh…bez pakai di jari manis:)

  25. ahmad says:

    Nak ditanya apa lg,kalau da kata xbuleh,xbuleh..kalau harus,harus..halal ye halal..tlng refer ustaz2,kalu rase ssh sgt still nak kata buleh jgk wlaupun xboleh terpulang nk pkai ke x,kalu boleh elak kan,tq

  26. syamsyir says:

    En.Ahmad,kan perkara ni byk pendapat.ikut ape yg kita belajar. sbb tu org tnye, x sama dgn yg diorg tau@belajar. yg saya ikut http://www.youtube.com/watch?v=tyG0PCWYprI

  27. syafiq says:

    saya pernah membaca buku Gen-Q tentang isu pemakaian cincin. kesimpulan daripada pembacaan saya itu, lelaki disyara’kan memakai cincin pada jari manis dan jari kelingking. manakala, kaum wanita dibenarkan memakai cincin pada jari telunjuk, hantu, manis dan kelingking atas dasar perhiasan…..kaum wanita tidak mempunyai sebarang masalah… jikalau hendak mengikut sunnah, pakailah jari manis dan jari kelingking :D

  28. syahir says:

    ingin berkongsi, haram hukumnya bila menggandingkan dua cincin pada jari telunjuk dan jari hantu. pakai pada jari hantu sahaja, tiada masalah, pakai jari telunjuk, nampak tak hensem. Refer Ustaz Ismail Kamus.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!