Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah

Posted on May 3, 2010 under General by

Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

muslim-parents1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

31 Responses to “Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah”
  1. raziah ab razak says:

    Terima kasih, patut diamalkan oleh setiap pasangan

  2. kak nina says:

    trima kasih ustazah atas petua tsb.

  3. bukhari says:

    salam ustz.. sy nk tnya,pasal bercinta(couple)..hukum dia haram k???
    tp sy jaga batas pgaulan sbb sy xslalu jumpa dia..dia d klate sy d kl…mcm mn?bole ustz jelas kn… harap ustz bole bantu sy

  4. wan says:

    salam,ustazah apakah dosa klu suami kata dkat isteri perkataan2 y tak elok seperti bodoh bengap n gila….

  5. amir daris says:

    kenapa pemimpin macam ustazah nie tidak cuba untuk tegakkan agama ALLAH yee?..ustazah sedar x yang peranan ustazah dalam menegakkan agama ALLAH nie amat-amat lah penting..kenapa?..sebab duit?..saya bukannya apa..kenapa malaysia tidak terapkan hukum-hukum islam?..kalau ustazah nie seorang yang betol2 pandai tentang agama, kenapa ustazah bergiat aktif dalam politik di malaysia?..ustazah sedar x bahawa sistem di malaysia ini merupakan sistem demokrasi yang telah dicipta oleh orang yahudi bagi menjatuhkan agama islam sepenuhnya?..kajilah ustazah!..saya tidak akan mengundi parti politik di malaysia ini selagi hukum hudud dijalankan di malaysia ini..ustazah kne igt bahawa ustazah merupakan pemimpin bagi golongan wanita yang lain bagi martabat dan kedaulatan ISLAM..saya ingin berkeras supaya ustazah sentiasa mengingatkan pemimpin kita bahawa seksaan ALLAH lagi hebat dan lagi sakit kelak…saya takot di akhirat kelak ustazah akan ditanya apa yang telah anda buat untuk menegakkan AGAMA ALLAH?..kerana ustazah terkenal dimana-mana sahaja…maafkan saya jika terkasar bahasa…saya takot ALLAH akan murka terhadap kita di malaysia ini..maafkan saya..

  6. Saripah says:

    Assalamualakum Ustazah…

    Suami saya adalah seorang yang bertanggung jawab dan sangat sayang kepada saya dan anak2 tetapi saya sedih kerana dia agak malas mengerjakan solat dan kurang nak menuntut ilmu akhirat… Boleh tak ustazah beri saya petua atau doa untuk masalah ini. Terima kasih.

  7. pn rita says:

    akum ustazah…
    sy adalah seorang ummi yg bekerja begitu jga suami sy..soalannya sy selalu bersikap kecik hati terhadap suami sy kerana sy mersakan jarang berbual dan bertukar pendapat.so ustazah sy sebagai ummi apa yang harus sy lakukan untuk terjalinnya kemesraan dan ada sifat tanggungjawab di antara kami berdua…sekian

  8. kay says:

    salam ustazah..
    bagaimana nak lembutkan hati supaya suami suka pd ‘sajadah’.puas dah saya cuba menasihati suami..tp solatnya xpenah ckp 5 waktu.saya sedih krn saya adalah lulusan syariah dan saya sendiri merasakan saya gagal berdakwah pada suami sendiri.apa yg saya lakukan skrg adalah terus berdoa agar dia terbuka hati 1 hr nanti.sikapnye yg begini kadang kala membuatkan saya menjauhkan diri darinya..kerana marah tdk menunaikan perintah Allah..saya tdk menyesal mnjadi isterinya kerana soal jodoh adalah urusan Allah..cuma saya bimbangkan ialah anak saya yg berusia 3 thn sudah pandai bertanya kpd dia “papa x solat ke?” saya terkejut dan terdiam mendengarnya..jauh d sudut hati saya berasa sedih dan malu pd anak2..saya mengharapkan dia adalah ‘imam’ saya dan anak2 dalam meniti kebahagiaan di bumi Allah ini..saya tdk mahu dia mnjdi imam yg mungkar pada perintah Allah S.W.T..
    saya berharap ustazah dapat memberi sedikit nasihat dan tips yg berguna kpd saya..saya tdk mahu mnjdi isteri yang derhaka..dan saya sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri..tp terkadang sukar utk saya membendung perasaan marah dan benci melihat keingkaran suami menunaikan suruhan Tuhan..saya cuma wanita akhir zaman yg terlalu bnyk kelemahan pd diri..harap ustazah dapat membantu..sekian,
    wassalam..

  9. eza says:

    salam ustazah…

    saya ingin mendapatkan petua atau tip untuk adik yang panas baran dan bagaimana nak lembutkan ati dia,selalu mengingati allah.

    buat pengetahuan ustazah adik saya ni lalaki dan di atas dia akak2,kami sebagai akak tidak boleh nak menegur kesalahannye,silap2 kite yang kena semula.

    saya kasian dgn mak saya,kerna selalu risau dan kecil hati dgn perangai dia,mak pun dah tak tau nak buat ape lagi, segala-galanye mak dah bagi pada adik saye shg mak dah tk berduit kerna dia.kami pernah cuba ubati dia tapi nampaknye hanye berkesan sekejap saje,lepas tu dia ulang perangai lame semula.
    adik saye ni bukan panas baran sj dia tidak pernah ada kerje yang tetap,kerje pun tk sampai sebulan lepas tu berhenti, sesuatu perkara yang dia buat tidak fikir panjang.
    kami sebagai kakak tk boleh nk nasihat kan dia, pernah sekali kami nasihat dia melawan dan gertak kami nakape2kan anak2 kami .
    tolong la ustazah bagaimana cara nye yang boleh menggubati perangai adik saya ni,kasian mak saya selalu menangis kerna dia
    tolong ya ustazah..sekian
    wassalam….

  10. anti emo says:

    salam..

    sdra amir da kuar tjuk lak..awk sdar x awk ni bmain politik..ustzh norbhyah bkn tlibt dgn politik..awk slah gelanggang nih..emo smcam sdr ni…ayat mmg ksar pn..

  11. azi says:

    A’kum..ustazah
    sy x thu apa x kena dlm umah tangga sy.. di mana silapnya
    mungkin keslahan d pihak sy … namun kami dh berpisah..
    mungkin kurangnya didkan agama…tp bekas suami masih menyalahkan sy..
    tp sy masih syang padany…tp bekas suami tidak mahu kembali.. apa yg harus sy buat tuk melupkan bekas suami…smp sekarang dia memfitnah, menghina, & pelbagai tomahan yg kami terima…
    tolong lah saya..

  12. Siti Fatimah Awdin says:

    assalammualaikum ustazah,
    saya terlalu keliru mna jln yg harus sya pilih,sya da byk bg peluang pd suami sya tp berlaku jgk..sya amt tk fhm knp org ke 3 jgak yg dia pilih,sdg kn sya da bkorban sgalanya..suami sya sndiri ckp sya tk pndai jga dan ambk hati dia,sdgkn sya bgitu ambk brat tntang diri dia,sakit sya jga,susah sya bntu apa lg yg buat dia tk puas hati dgn sya..org ke 3 plak brharap dpt kawin ngn suami sya…sya syg kn suami sya,sya da bjnji tk kn tgal kn dia..tp suami sya pun tk nk lepaskn sya,dia masih syg kn sya…mcm mna sya nk buat dia lupakn org ke 3 itu?bg sya kemugkinan jg bgini sb kmi bjauhan dr kawin smpai skg bjauhan,dia di kuala trganu dan sya di ipoh Perak..tolong la bntu sya ustazah..

  13. imah says:

    asalamualaikum ustaza,saya cuma nak tanya pendapat ustaza,saya merupakan isteri kedua,suami saya merupakan seorang ahli politik.kami memiliki 4 org anak perempuan.hubungan saya baik dgn isteri pertama dan anak2 nya,begitu juga dgn anak2 saya.masalahnya suami saya mula berubah sejak bernikah lagi.saya pasrah pd ketentuan ALLAH kerana bermadu 4.yg jd masalah saya suami mula jauh dari kami,walhal saya tak pernah pun bergaduh besar dgnya.biasalah perselisihan kecil.pernah dia memberitahu pd saya bahawa isteri mudanya melarang dia pulang ke rumah saya.apa perlu saya buat utk mempertahankan rumahtangga saya.utk pengetahuan ustaza isteri ketiganya sudah pun d ceraikan.menurut madu pertama saya suami saya jarang balik kerumahnya.dgn saya call pun tidak apalagi pulang.dgn anak2 pun dia jarang hubungi.nak mengadu kemana2 dia org yg dikenali.apa perlu lakukaan utk selamatkan rumahtangga saya.

  14. ayang as says:

    salam, saya nak tanya ustazah status saya sekarang..saya pernah bergaduh besar sehingga saya keluar rumah tanpa kebenaran suami..dan suami pernah hantar sms mengatakan yang saya bukan lagi isteri dia jgn cari dia lagi. apakah sudah jatuh talak dengan sms dia tu….

  15. Nur ain Humaira says:

    Suami gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik……..akhirnya isteri pula merasa kesunyian……..hadirlah seseorg yang memberi ketenangan.apa yang patut di lakukan

  16. NORSHILAH BT TAMBI CHIK says:

    salam…ustazah saya sekarang berada jauh dari keluarga kerana melanjutkan pelajaran..dan ini adalah kali pertama saya berpisah dgn parents saya…dan skrg ni saya baru sahaja khilangn barang yg berharga dan penting..sy tak thu nak wat apa skrg ni..blh tak ustazah tolong bg pertua supaya sy blh tnangkan diri saya..tima kasih..assalamualaikum

  17. zue says:

    assalammualaikum ustazah, saya nk mintak pendapat @ pandangan ustzh…ape perlu sy buat sekiranya ibu tidak merestui hubungan saya dengan MR.F. sebelum ni saya pernah berkawan & bercinta dengan MR.A dan keluarga kami saling mengenali…hampir 6 tahun kami berkawan saya dapat rasakan MR.A sprt tidak amik peduli tentang sy. msg susah nk jawab…col sebulan sekali pun susah. lama kelamaan sy buat keputusan untuk putuskan hubungan kami. Dan kini sy berkawan dgn MR.F hampir 2 tahun. sy pernah bw beliau jumpa keluarga sy. bapa sy terima dgn baik, tapi sebaliknya ibu sy spt sukar utk menerima.alasannya sebab kerja MR.F tidak setaraf dgn saya dan dia rasa malu dgn keluarga MR.A kerana saya putuskan hubungan dgn MR.A. kadang-kadang sy x faham. saya langsung tiada perasaan dgn MR.A lagi…sy bersyukur kerana berkawan dgn MR.F kerana sepanjang kami berkawan dia sering mengambil berat tentang sy. dia juga menghormati keluarga sy walaupun dia sendiri dapat rasakan ibu spt tidak menyukainya…saya bingung. saya xnak perkahwinan saya kelak tidak mendapat restu keluarga…apa pendapat ustazah?

  18. oshin says:

    Ustazah, saya sudah 16 tahun berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Saya dah lama terhidu perbuatan curang suami saya dibelakang saya selama ini tapi saya cuba sedaya upaya membawanya kembali ke jalan yang benar dengan berbincang, menasihat, menegur, berkias dan sebagainya. Sedaya upaya saya menyimpan semua ini dan cuba menyelesaikannya sendiri. Tapi lama kelamaan saya perhatikan suami saya semakin galak menipu seolah2 saya tak boleh berfikir denagn waras @ logik setiap kata dan perlakuannya. Soal tanggung jawab tak usah di kira, bagi $100 minta balik $200, saya bagai menyara kehidupan sendiri. Suami saya dahulunya seorang mekanik kereta dan bekerja sendiri tapi kini bekerja mekanik kilang dan pendapatannya sama dengan pendapatan saya, tapi sering keputusan duit. Dia selalu keluar rumah kononnya pergi membaiki kereta dan baliknya tak tentu hingga ke siang esoknya pun ada. Alasannya sama, duit habis beli barang sparepart tapi tuan kereta tak bayar lagi. Esok lusa mintak lagi. saya dibebani dgn tanggungjawab rumahtangga, anak2, kerja dan lain2. baru2 ini dia ditimpa kemalangan dan dapat claim socso. 40k++ jumlahnya. Tiap2 malam dia keluar. Kata repair kereta tapi pakai baju baru. Dalam seminggu dh hbs 30k++ dan baki yang diberi pada saya juga dimintanya. Katanya bayar hutang. saya tak faham usatazah..saya dah cuba berlembut dengan menyuruhnya mengaku jika ada hubungan luar sehingga sanggup memperlakukan saya begini. Saya dah kata kalau betul dah ada yang lain lepaskanlah saya sebab saya tak sanggup lagi jadi pemerhati.Bukan setahun 2 saya menanggung.. berbelas tahun..dimana tanggungjawab suami pada saya. Memang saya masih sayang suami saya tapi rasanya kesabaran saya dahpun sampai kepenghujung. Apa perlu saya lakukan..andai ada doa2 yang boleh saya amalkan bagi menjernihkan kembali hubungan kami. Saya bukan suami, saya hanya seorang isteri tapi jika saya terpaksa memikul semua tanggungjawab seperti serang ibu tunggal bukan ke lebih baik begitu. saya begitu kecewa ustazah. Setiap kali saya tanya dia kata dia masih sayangkan saya. apa benar sayangkan saya atau hanya gunakan saya tak ubah macam mesin ATM. Saya penat ustazah..tak tau nak berbincang dngan siapa. Dengan keluarga dia tak boleh sebab sifat mereka tak tau macam mana nak menasihat melainkan mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa, nak bagi tau keluarga saya takut ada yang memandang serong pada suami saya pulak. Takut hilang rasa hormat mereka pada suami saya. Tolonglah saya ustazah saya bingung. Siapa tak sayang suami ustazah. 16 tahun bukan singkat. Anakpun yang tua dah 15 tahun. Saya masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa walaupun hati saya terluka dan ketawa dalam tangis, berdoa dan tak pernah berhenti berdoa. bantulah saya ustazah. Apa2 nanti ustazah emailkan saja pada saya. Saya sangat berharap dan menunggu jawapan dari ustazah..TQ

  19. rungsing says:

    salam…. saya mchip31@gmail.com ingin bertanya soalan kepada ustd.
    saya ada satu masalah tentang isteri saya di mana ceritanya begini:
    saya ada syak yang isteri saya ada hubungan dengan lelaki ( saudara/sepupu nya yang boleh dikahwini ). di mana saya syak pertama kali iaitu semasa ke rumah sepupunya di mana isteri saya semasa di rumah nya tidak duduk dengan saya malah duduk di antara saudaranya di depan saya. mereka sentiasa bercakap dan ketawa bersama saudara2 lain di sana. suatu masa mereka berdua telah masuk ke dalam bilik berdua-duaan di depan mata saya dan saudara2 mereka yang lain. saya tidak dapat menahan isteri saya untuk masuk ke dalam bilik tersebut, kerana saya berada di depan mereka dah saudara2 yang lain juga ada di sana semasa isteri dan saudaranya masuk ke dalam bilik tersebut. adalah dalam kira-kira 5 – 8minit berada di dalam bilik tersebut membuat kan hati saya tidak tenang. selepas itu isteri saya keluar dari bilik tersebut.
    setiap kali ke rumah mereka saya sentiasa melihat kemesraan mereka berdua di depan saya dan orang lain iaitu sentiasa bersembang-sembang bersebelahan dan saya di tinggalkan di hadapan mereka.. semasa memberi susu badan kepada anak kami juga, isteri saya tidak menghadap ke arah saya malah ia menghadap ke hadapan saudara lelakinya.. malah semasa kami balik, isteri saya amat rapat dengan sepupunya saling bermasra ( cakap ) dan jarak antara muka mereka tidak kurang dari 5 incipun. dan saya hanya mampu melihat kerana saudara mereka semua ada di situ. mereka sentiasa mencari peluang berdua-duan di dalam dapur walaupun banyak saudara dan saya berada di ruang tamu yang memisahkan dinding antara dapur dan ruang tamu tsb.
    persoalan-nya:
    1. Apakah Perasaan Cemburu dan syak wasangka tersebut betul..?.
    2. Apa patut saya buat..?..

    Terima kasih atas nasihat Ust. dan sekiranya tak keberatan boleh kah ustd. kirim jawapan dan pendapat ustd. ke mchip31@gmail.com

  20. nora says:

    salam ustazah
    saya seorng surirumah brkhwin hampir 6 thn,mertua sy ustaz(selaku naib kadi) n ustzah,kakaknya pn seorg ustazah,latarblkg suami sy pn bks pelajar sklh agama penuh n 4senwi,sy mmg bangga n lega dpt suami mcmni tp mslhnya dsbaliknya,suami sy mmpunyai sikap munafik,kalo ada duit xbayar hutang,kalo brckp xpernah btul,kalo brjanji dhle xtunai pastu melebih2 janji,bila dpt gaji mllmbtkn byr bil rmh n hutang alasan blum byk sgt,ckp slalu putar belit smaada dgn sy kwn atau kluarga dia,sy dgr dia ckp dpn sy smp sy malu nk dgr,kalo janji xtepati dia slalu pkai duit smpnan anak yg org sdekah,sy smpan dlm bank pastu dia suruh kuar nk pnjm dulu tp ble ada duit xprnh bayar,mak sy bg hadiah sebiji rmh kos rendah kat kg,sy skrg duduk d kl,jd sy sewakan rmh tu,tiap bln sy dpt duit,duit tu spatutnye sy punya tp sy pkai utk byr hal rmh sdangkn gaji suami sy tinggi sbg pegawai bank,sy dh bjmat abis drumah,sy ada 3 anak,umur 10 bln 2 thn n 4 thn,yg baby susu badan sepenuh masa pmpers pkai yg blh cuci,yg lain xpkai pmpers,ank sklh sy hantr,mkn rmh sy msak,mknanya kos rmh mmg sy brjmat tp nk belikan bedak utk sy pn tahle,sy ada luah sket perngai suami sy kat mertua tp mereka mcm berat sblh n aggap sy burukkan anak mereka,suami sy dpn fmly dia mmg pndai brlakon baik,smp sy xtahu nk wat apa,sy slalu ingatkan suami,sy ckp dulu lepas kawen duk brharap cpt dpt anak sbb takut xblh dpt sbb belah fmily suami ramai yg xde anak,ble tgk org ada rmh kete,duk doa dptle naik gaji supaya blh beli rmh kete,tp ble dh ada sumenya terus rasa ego n rasa diri dh lengkap,sy spt dh xdperlukan,sbb dia prnh ckp anak n fmly dia lg pnting,isteri blh tkr ganti,tp dia lupa sape yg mlahirkn anak brtegang nyawa,sy sedih dgn sikap suami yg brlagak n lupa diri n amanah mnjaga sy n hal akhirat n brperangai begitu,spt dia bkn dkalangan org berilmu,sy nk mntk pndpt ustazah baayah,apa patut sy buat n bagaimana sy nk dpt ketenangann jiwa mghadapi suami yg brmslh. Sy sgt brharap…terima kasih..ws

  21. yatt says:

    u people think this is ustazah’s website? really? writing that long whining about your miserable life, and hoping that ustazah would answer? man ….. this is pathetic and hilarious…

  22. ilyani says:

    assalamualaikum ustazah..saya ada masalah..harap sgt ustazah dpt membantu sbb bg saya pendapat ustzah adalah yg terbaik wt ms ni sbb saya lbh kurang 6 bulan lepas agak dingin dgn suami saya..saya xtahu kenapa setiap kali die cube nk dekat dgn saya, saya xsuke..saya xtahu nk tny sp lagi..saya cume nk nasihat agar hubungan suami isteri xjejas dgn mslh sy ni..saya runsing..harap sgt ustazah tlg sy..terima ksih ..

  23. maisarah says:

    salam ustazah…
    saya & suami sama2 panas baran…saya dikurniakan bb gal selps 2 thn.kami bermasalah dr bulan pertama kami nikah (bercinta 10 tahun).suami sy seorang yg terlalu social, arak, permpuan dan disko adalah hidupnya (sy igt dia akan berubah lps kawin)…dia berubah selepas parent dia meninggal (syukur alhamdulillah) tp hanya sementara.allah dah bg berbagai dugaan padanya ustazah namun dia x penah sedar..dia penah ceraikan saya masa saya pregnan 3 bulan tp demi anak sy kembali semula.

    sekarang dia semakin ‘liar’.rezeki dia melimpah ruah selepas kelahiran bb kami…tp semakin senang hdp kami semakin derita jiwa & perasaan saya…bukan saja x semayang n x posa tp kadangkala x blk umah sampi pagi…pernah sekali dua dia blk jam 7 pagi mabuk…hancurnya hati sy setiap kali sy pikirkan pasal anak…

    sy buntu ustazah…terus terang sy katakan sy dah tawar hati dan benci dgn perkahwinan kami…lebih2 lagi sekrang ditambah pula dia selalu pukul sy smpi tekena bb..ntahlah…hati sy setiap masa mahu dia ceraikan sy…tp jauh di sudut hati masih lg menghrpkan dia berubah….tp melihat dia yg semakin bongkak & liar sy putus asa…

    sy dah x tau nk buat apa…kalu x pikirkan pasal dosa pahala mau aje sy bomohkan tp insyallah x smpi lagi hati nk buat….

    dia x nk ceraikan sy tp x nk jd manusia bertanggujwb…kesian anak sy tpaksa lalui sume nie…sy pun dah x tau nk buat apa…setiap hari sy cuba redha ngn dugaan sy ini….tp beratnya yg menanggung hanya allah yg tau…

  24. mimie says:

    nk minta ustazah siti norbahyah kaunseling ttg rmhtngga..

  25. mimie says:

    nk minta ustazah siti norbahyah kaunseling ttg rmhtngga..tp ssh la ustazah x penah pn bg pape respon bl sy tnye…dh la 2 facebk ustazah x de inbx..if x leh bg private message (PM) kt lam FB…

  26. insan terasing says:

    assalamualaikum ustazah…………
    saya sering merasa tertekan dengan kehidupan di dunia ini….lebih-lebih lagi saya digelar anak luar nikah…..bila berkeluarga ibu mertua dan ipar-duai tidak suka pada saya dan sering sisihkan saya dalam banyak hal….saya sering menangis dan mesarakan hidup ini tiada guna dan ada juga terfikir sampai nak bunoh diri ttp nasib masih ada sedikit keimanan…. saya rasa bersalah tidak memberitahu suami siapa diri saya yang sebenar,….akibat tersinggung denagan keluarga mentua dan ipar duai, saya tidak menjejak kaki ke rumah mereka kecuali ada kenduri dan hari raya……bantulah saya ustazah agar dapat saya jalani kehidupan ini sebaiknya dengan ketenangan

  27. tini says:

    akum ustazah saya ada masalah dgn suami saya,rumahtangga saya dah tak aman lagi mcm dulu.suami saya dia seorang yg sabar bila saya membebal, pada hari tu saya telah berjumpa mesaj dgn gambar perempuan berbogel pempuan tu saya kenal bila saya marah dia ckp tu gambar lama, ustazah adakah harus saya bercerai atau sebaliknya masalah saya tak mau ckp dgn family saya. tapi tipa2 hari fikiran saya menganggu memikirkan gambar yg ada di dlm henset suami saya.suami saya dah insan dah menyesesal, bolehkan saya menerimanya sakit hati isteri bila suami curang tolang saya ustazah

  28. firdaus says:

    salam,ustazah nk tnye 1 soalan,sy berkawan gn seorang perempuan ni,tp ibu die x bg sy berkawan gn sy,atas sbb ibu die igt sy merosak kan pemikiran die,tp skrg perempuan tu nk berkahwin gn sy,tp mak die x bg restu,jd blh ke kami trus kn niat baik kami untuk mendiri kan umah tgga..??

  29. nowen says:

    Assalamualaikum.ustazah saya ni ingin nak tahu .boleh tak kita solat dalam keadaan kulit wajah kita masih berkosmetik selagi saya masih berwudhu.sebab saya ini jenis yang sentiasa bermake up. diwaktu pejabat saya kena kerap cuci muka dan berkosmetik mengambil masa.saya menggunakan kosmetik dipasaran seperti maybelline ,loreal dan kandang -kadang guna kosmetik yang suci sperti safi dan rania gold.
    saya mempunyai niat menjga ketrampilan diri untuk agama dan suami buka utuk lelaki diluar sana.boleh tak ustazah jelaskan. tksh ya..

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. [...] dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah [...]

  2. [...] dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah [...]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!