≡ Menu

Ramai yang Masih Tidak Solat

9_muslim-prayer-low-res

“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).

Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.

Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:

  • Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
  • Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
  • Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 25 comments… add one }

  • ROSLI May 13, 2010, 8:17 am

    Saya amat menyokong penuh dengan apa yang Dato’rungkaikan, kerana ini yang terjadi sekarang.
    Pemerintah adalah peranan utama, tetapi sekiranya pemerintah disebaliknya itu lagi amat mendukacitakan.

  • anidah May 14, 2010, 12:13 am

    dato itulah masalah besar yg melanda masyarakat kita.Mungkin kita ini telah dilahirkan sebagai Islam maka islam itu hanya sekadar diwarisi shj tetapi ilmu islam/ syariat islam yg sebenarnya x mahu diperdalami..ibubapa sekarang perlu sedar masyarakat hari ini perlukan perubahan drastik dr rumah lg untuk memperbetulkan keadaan.kita tidak berada di zaman rasullullah sebab itu kena pergi ke majlis-majlis ilmu ini.Tuntutlah ilmu itu dr skrg, perbeetulkan diri kita dahulu barulah kpd anak2 dan ahli keluarga yg lain. Bantuan dan sokongan pemimpin atasan amat diperlukan ketepikan soal polotik dahulu…solat 5x sehari ini diperbetulkan dulu..tidakkah solat ini akan dihisap terlerlebih dahulu?…

  • Abu Muhammad May 17, 2010, 4:48 pm

    Salam,

    Artikel yang amat baik.

    Minta izin untuk masukkan artikel ni dalam http://www.darulkautsar.net

  • Koko Jambo May 17, 2010, 5:45 pm

    Abu Muhammad – Anda berhak untuk menyebarkan sebarang artikel-artikel kami tanpa memberitahu kami terlebih dahulu sama ada melalui web/blog anda, melalui edaran risalah ataupun melalui cara-cara lain. We have no copyrights to claim from all of our articles.

    TQ

  • wiwin May 18, 2010, 12:47 am

    tanggungjawab sindri jgn salahkan org lain.

  • hasmahhitam May 19, 2010, 3:18 pm

    Memang satu masalah besar dunia sekarang manusia abaikan solat. Muga kita cuba berusaha mengatasinya dengan ujudkan cara hidup sunah dalam kehidupan dirumah dan doa semuga allah memberi hidayah dan petunjuk kepada semua umat Islam seluruh dunia dan Malaysia khasnya.Insyaallah

  • desa abu hassan May 20, 2010, 3:18 pm

    minta izin nk isikan dalam enry blog..terima kasih banyak artikel yang menarik

  • hamba ALLAH May 21, 2010, 12:20 pm

    Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani!!!
    saya telah membaca artikel diatas dengan kebenaran Allah dan cuba menyebarkan ilmu yang diilhamkan kepada saya oleh Allah yang maha mengetahui!!
    cara yang paling berkesan untuk menjaga diri kita dgn sesama makhluk dan menjaga hubungan kita dengan Allah ialah dengan menerapkan rasa cinta kita kepada Allah!!kita kena selalu berzikir dan selalu mengingat Allah bagi membuktikan rasa cinta itu!seperti kita mencintai sesorg,kita akan berusaha membahagiakan dia..dengan Allah,kita hanya perlu mengingati Allah dan Allah akn mengingati kita!!Allah akan menjaga kita,mengingatkan kita tentang solat,ingatkan kita tentg berbuat baek kepada manusia,kepada sesiapapun,Allah akn beri kita keupayaan untuk solat…senang crita masalah akan selesai jika kita menyebut nama Allah,berzikir!!!cuba sahabat sekalian merenung,berapa kali sehari sahabat menyebut nama Allah????sedangkan malaikat dan makhluk ciptaan laen sepanjang masa berzikir(menyebut kekuasaan Allah)..renung2kan lah!!zikir dan rawatlah hati sahabat semua…(kesimpulannya,berzikir=selamat dunia akhirat,amalan terjaga,semua terjawab,hati sabar…ZIKIR(ALLAH)=bersih hati=bersih fizikal=bersih mental=bersih amalan=bersih ruang dan waktu=jawapan tuk hidup yang bahagia dunia akhirat!!!berzikirlah selalu!!maaf kalau tersalah tulis!!ALLAHUAKBAR….

  • ed May 30, 2010, 2:41 pm

    Sembahyang itu tiang agama..tinggal sembahyang runtuhlah agama..

  • sabri May 31, 2010, 3:08 pm

    memang tinjauan serta kajian yang di sekolah mendapati antara 15-20% pelajar solat 5 waktu sehari..w/pun kempen & usaha dibuat olh phk yg bertanggungjawab di sekolah angka terbut msh belum berganjak..faktor utama yg diperolehi ialah ibubapa tidak bersungguh2 dlm soal ini.Mengapa demikian terjadinya??Kajian jg mendapati ibubapa juga kurang sempurna dlm solat..Harap sama2 kita mencari jln ke arah meningkatkan lgi kesedaran ibubapa dan ank2 spy menjadikan solat sbg agenda yg utama dan pertama..’melentur buluh biarlah dari rebungnya…’

  • sabri May 31, 2010, 3:10 pm

    memang tinjauan serta kajian yang dilakukan sekolah mendapati antara 15-20% pelajar solat 5 waktu sehari..w/pun kempen & usaha dibuat olh phk yg bertanggungjawab di sekolah angka terbut msh belum berganjak..faktor utama yg diperolehi ialah ibubapa tidak bersungguh2 dlm soal ini.Mengapa demikian terjadinya??Kajian jg mendapati ibubapa juga kurang sempurna dlm solat..Harap sama2 kita mencari jln ke arah meningkatkan lgi kesedaran ibubapa dan ank2 spy menjadikan solat sbg agenda yg utama dan pertama..’melentur buluh biarlah dari rebungnya…’

  • kamarul June 5, 2010, 2:32 am

    byk nye..lebih drp separuh

  • Minyak kelapa dara June 15, 2010, 1:04 pm

    Masya Allah..Angka ini begitu membimbangkan kita sebagai umat islam.Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak..Jika baik amalan solat baik lah segala amalannya jika buruk amalan solatnya buruk jugalah amalannya….

  • inabu June 25, 2010, 1:19 am

    salam…

    sy minta izin utk copy paste article ini utk dimasukkan ke blog sy…it will be completed with link to this web…syukran…

  • imtisal March 25, 2011, 12:39 am

    masyallah…..dunia smkn mju nmn hakikatnya msyarkt islm mkn mundur….sesungguhnya solat tiang agama..barangsiapa yg mndrikn solt mka mndrikn agama & brgsiapa yang mngglkn solat mka mrnthkn agama….skdr prkgsian(^_^)

  • afiq October 24, 2011, 12:18 pm

    mengapa ibadat pertama yg akan di kira pd hari hisab nnt menjadi benda yg remeh pd umat islam sekarang ni…mmg betul kiamat makin hampir

  • cik lilin October 26, 2011, 3:38 am

    wahai hamba Allah sama sama kita ingat meningati satu sama yg lain ,moga moga pesanan ini akan menjadi satu pegangan hidup. amin

  • ellias9900 January 3, 2012, 1:36 am

    amalan pertama yang dihisab…

  • encik rabu July 5, 2012, 12:59 pm

    Tak terkejut sangat dengar fakta ni. Memang realiti sangat dah. Nilah negara Islam yang disebut-sebut pemerintah! Syabas lah ye

  • burn September 11, 2012, 8:19 am

    Sebenarnya bg pndapat sya ibu bapa yg perlu mndidik ank sejak usia2 ank2 7 tahun
    andai kata ibu bapa sndiri jnis yg pemalas nk ibadah..apatah lg ank2 yg xtau apa2..
    Seharusnya ibu bapa yg mnjadi cntoh yg terbaik dalam mndidik ank2 betapa pntingnya kewajipan
    seorang islam…alasan pnat bekerja..yg 2 jer..mati nnti bla malaikat tnya…ckp jer aku bz sgt2 dlu xsempat nk ibadah…

  • Orang November 22, 2013, 7:35 am

    apa nak buat. bila dinasihatkan, katanya lom ikhlas. isteri ni jadilah imam sendiri, makmum sendiri, berangan sendiri. cakap banyak nanti, dikatanya kau jangan mengajar aku. kau jaga kubur kau sendiri. apa apa pun, lelaki betul, pempuan salah. biarpun bab tegur suami untuk solat

  • insan yg lemah November 22, 2013, 4:44 pm

    Mmg benar apa yg artikel di ats.Sy slh seorg yg pernah tergolong dlm statistik tu.Jgn memandang pd slah ibubapa.Sy dibesarkan dgn didikan agama yg cukup.Tetapi apabila melangkau alam pkrjaan sya sering meninggalkn solat.Mmg benar jiwa kita tidak akn tenteram apabila tidak solat.Bertahun2 tidak solat.Sehingga 1 saat trjadi 1 peristiwa sprti membuatkan sy tersedar dgn dosa2 yg telah sy lakukan.Ternyata allah amat sayang setiap makhluk ciptaanNya.Peristiwa kawan sy yg beragama kristian meminta bantuan sy untuk masuk agama islam begitu byk menyedarkan sy.Begitu malu pd saat itu.Sedangkan org agama lain terpesona dgn islam.Sy yg dilahirkan islam tetapi tidak menjalankan tugas sebagai seorg islam.Bermula dari mengislamkan kawan sy itu di pejabat agama.Akhirnya sy berjaya mengubah semula cara hidup sperti seorg yg islam.Alhamdulillah keadaan sy aman sekarang.Terima kasih Allah.

  • hamba allah June 20, 2014, 2:02 am

    bila hal ibadah tanggung jawab sendri..tp bla hal dunia tngung jwb rmai..hai manusia2 mcm xkna soal di akhrat kelak!.. buang sampah merata tngung jwb sndri? byr cukai tngung jwb sndri(xbyr org len xperli amik kisah) ..rumh sebelah masuk pencuri tngung jwb sndrii..gtu ke masyarakat aini..pastu lau mati tanam sendri ke?..igt cerita umt nabi2 dlu yg byk dlm alquran..kena bala sbb tggung jwb sendri ke?sbb rmai yg engkar printah allah.lau tggung jwb sndri buat apa la nabi ditugaskan menyampai kebenaran ye dak? di akhirat pemerintah akn disoal..semua akn disoal..tngu la hari pembalasan..jnji allah itu pasti!

  • Pejuang Islam June 20, 2014, 2:29 am

    80% masyarakat Islam di Malaysia tidak solat cukup 5 waktu tetapi bila Hari Raya Aidilfitri, sibuk nak duit raya dan menganggap 1 bulan Syawal 1 bulan Raya. Tidak masuk akal langsung. Nk salahkan siapa?

  • hamba December 31, 2014, 8:37 am

    setuju sgt dengan statistic ini . sy seorang mahasiswa, ahli pembimbing rakan siswa.
    bila mana pihak universiti mengadakan program2 ke sekolah mengengah dan rendah sy bertanya mngenai solat secara personal. mmg susah sangat nk jumpa yg penuh 5 rakaat.
    KEJAYAAN MANUSIA HANYALAH DALAM AGAMA , SEJAUH MANA KITA TAAT MENGIKUT ARAHAN ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGAN NYA MENGIKUT SUNNAH. SELAIN DARI ITU, SEMUA MEMBAWA KEHANCURAN, WALAU D MATA BERJAYA , TP, HAKIKATNYA DIA GAGAL DUNIE N AKHIRAT.

Leave a Comment