Sejarah Solat Lima Waktu

Posted on June 5, 2010 under Islam by

solat1

Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Formula Solat Sempurna

Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
HARGA : RM25.90
Dapatkan secara online di http://store.stormreaders.org

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Dapatkan secara online di http://store.stormreaders.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

12 Responses to “Sejarah Solat Lima Waktu”
  1. kalau saya boleh tau, professor tu namanya siapa ye?

  2. bintu sheh says:

    sekiranya perkara disebut diatas adalah mgenai insan ptama yang mndirikan solat zohor, asar, maqrib isyak .. bgaimna dngan solat zohor , asar, magrib, isyak nbi adam alaihissalam… adakah msih belum ada pda zaman nbi adam… mohon keterangan ustaz…

  3. Hayati rahusin says:

    TERIMA KASIH…!!!!

  4. hamba Allah says:

    mohon share ya . :)

  5. hendra says:

    kalau menyampaikan sesuatu tentang agama lebih baik dengan dalil baik dari Quran maupun hadist,spy tidak menimbulkan perdebatan antar sesama muslim..
    sebagai contoh sy membahasnya: darimana anda tau kalau nabi adam turun pada saat gelap?(padahal (nabi adam manusia pertama)
    apakah sholat 5 waktu sdh di syariatkan pada masa itu (nabi adama)padahal sholat itu yg pertama menerima adalah Rasuullulah SAW.
    itu di atas sebagai contoh pertanyaan kpd penulis.
    nahh sebaiknya anda jelaskan dari mn sumbernya..baik dari Quran atauupun hadist.
    karna rasullulah bersabda “sepeninggalan ku apabila kalian ingin selamat maka berpeganaglah pada 2 hal yaitu Quran dan hadist.!

  6. Pesujud Setia says:

    bukankah solat lima waktu itu adalah di mana Nabi Muhammad saw mengerjakan Ikraj Mikraj kew???
    Di mana apabila Nabi naik ke syurga, dan Allah memintakan umat Nabi agar bersolat 50 waktu sehari…tapi Nabi Muhammad dinasihati oleh para Nabi yg lain di syurga utk kurangkan kpd 5 waktu sehari>?????

    Mohon pembetulan dan penjelasan

  7. Jaman says:

    Assalamualaikum, selama ni saya sentiasa tertanya2 berhubung bagaimana solat 5 waktu itu boleh wujud? jawapannya: Allah yang mengajar Rasulullah cara-cara solat 5 waktu.

    Tapi, bila terbaca sejarah solat 5 waktu ni… bagaimana cara mereka mengerjakkannya?

    Pd zaman nabi Muhammad, baginda telah memohon pada Allah untuk mengurangkan bilangan waktu solat dari 50 ke 5 waktu sehari.

    mungkin boleh beri penjelasan … sbb saya nak tau sangat2.

    mohon maaf juga kalau fakta saya salah.

  8. qaseh zahra says:

    terimah kasih d atas perkongsian ini..

  9. Zaid says:

    Main post je..kebenaran nye diragui..suka suka je la..

  10. imamul muhtadin al-arifbillah says:

    Salam untuk semua hamba Allah…kalau nak tahu lebih jelas pergi tanya & cari guru yg murshid.jgn nak berdebat sampai boleh menimbulkan ketidakpuasan hati masing2……..org yg bercakap pun kebanyakannye masih menuntut & mencari.kalau salah jgnlah kita nak merendah2kan si penyampai pulak….tahanlah lidahmu dari perkataan yg buruk.biar bercakap tu lembut lidah dr gigi……kita kena igt hak siapa kita guna utk bercakap….

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. [...] timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak [...]

  2. [...] timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak [...]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!