Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam

Posted on June 5, 2010 under Local News by

kemb

MARANG, 5 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.

“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya.

Ini, katanya kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.

Tambah beliau, penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.

Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

Mereka juga, katanya berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

Rukun ketiga, jelasnya bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

“Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.,” jelasnya.

Beliau juga menjelaskan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi.

Ekoran itu, katanya, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia.

“Hari ini, saya pakai baju ‘peluru’ bukan hendak berperang di sini. Tetapi hendak jadi simbol bahawa kita tidak boleh ajar Israel melainkan dengan peluru.

“Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.

“Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT,” tegasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

11 Responses to “Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam”
  1. sidik says:

    1 dekade lagi al mahdi akan menjadi pemimpin kaum muslimin akhir zaman karna pada saat itu pula al masih dajjal sang pemimpin agung yahudi membuat parasnya serupa dgn yesus

  2. amir daris says:

    assalamualaikum….
    cuma saya nak bagitahu yang ISLAM bukanlah merupakan parti PAS…
    Jikalau mahu berkata tentang ISLAM, janganlah bawa bendera apa – apa selain dari bendera ISLAM..seperti gambar di atas,itu menunjukkan bahawa parti itu belum bersedia lagi untuk menegakkan ISLAM malah untuk kepentingan partinya…kita sendiri boleh pikir..ISLAM yang sebenar sudah termaktub di dalam HADIS dan AL-QURAN…Bukannya ISLAM terletak pada parti pas…Dan bukannya kita undi sesebuah parti itu kita boleh masuk syurga…Jikalau anda mahu jadi orang ISLAM yang sebetulnya…anda tidak akan memilih mana-mana parti kerana kita sekarang berada di dalam pemerintahan demokrasi bukan berkonsepkan ISLAM…ISLAM kini dipijak-pijak …dimana kedaulatan agama ISLAM sedangkan MUFTI- MUFTI yang ada di malaysia ini pon tidak sanggup untuk bangunkan dan satukan AGAMA kita?..saya tujukan mesej ini kepada sesiapa yang digelar MUFTI,MENTERI-MENTERI,ULAMA,Dan sesiapa yang ada kuasa untuk menentang musuh-musuh ISLAM…IGT lah wahai MUFTI,MENTERI-MENTERI,ULAMA,Dan sesiapa yang ada kuasa itu sesungguhnya pangkat dan harta itu adalah dunia semata-mata..syaitan sudah berjaya menawan fikiran MUFTI,MENTERI-MENTERI,ULAMA,Dan sesiapa yang ada kuasa bagi melemahkan ISLAM dari segi harta benda di dunia ini..igtlah suatu masa nanti syaitan sendri akan gelakkan anda di neraka kerana kebodohan anda tidak berfikir dahulu sebelum mengambilnya,..saya merayu kepada MUFTI,MENTERI-MENTERI,ULAMA,Dan sesiapa yang ada kuasa,tinggalkan lah semua perkara di dunia dan tegakkan lah islam..ISLAM sudah mengajar bagaimana untuk berniaga,…kiranya ISLAM adalah perfect..Saya ingin berkeras kepada seseorang yang mempunyai kuasa di malaysia dan dia jugalah tidak tinggal solat..
    anda tidak tinggal solat tetapi anda tidak tegakkan ISLAM malah anda lebih mementingkan parti2 komponen anda ….serupalah anda jadi KAFIR..anda solat itu adalah untuk ALLAH…DAn parti anda itu adalah sistem yang dibuat oleh orang2 kafir untuk kita tidak mengikuti sistem islam…kira membazirlah jika kita tidak tegakkan ISLAM…w’ALAM…apa-apa pon saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terasa..baguslah anda terasa sesungguhnya semua yang ada ini adalah datangnya dari ALLAH>>…assalamualaikum….

  3. ddd says:

    allah…

  4. membangun bersama islam.. says:

    BISMILLAH,
    SESUNGGUHNYA JIKA KITA MAHU BERJUANG MESTILAH BERLANDASKAN ISLAM DALAM SEGENAP ASPEK KEHIDUPAN SAMAADA IANYA DATANG DARI CARA YANG BERLAINAN,ITU SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI LUMRAH KITA UNTUK BERTELINGKAH KERANA SATU-SATUNYA DOA OLEH BAGINDA RASULULLAH SAW YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAHSWT ADALAH PERPADUAN DIKALANGAN UMAT ISLAM.ANTARA LAINNYA BAGINDA TURUT BERSABDA BAHAWASANYA UMATKU AKAN BERPECAH KEPADA 73 KABILAH TETAPI YANG HANYA AKAN DITERIMA HANYALAH SATU KABILAH.MENGAPA?CUBA KITA LIHAT ALANGKAN ULAMA’ JUGA BERCANGGAH APATAHLGI KITA.TETAPI NABI SAW MENGAJAR KEPADA KITA SEPERTIMANA SABDA “SESUNGGUHNYA DAKU TINGGALKAN KAMU DUA PERKARA YANG SEMESTINYA KAMU SEMUA TIDAK AKAN SESAT YAKNI QURAN DAN SUNNAHKU.JADI SAUDARA SEKALIAN KITA JUGA PERLU MENGIKUTI PIHAK YANG KITA RASA MENGIKUTI KITABULLAH DAN SUNNAH RASULNYA..JADI ADAKAH KITA TEGA MEMBIARKAN PIHAK YANG SUDAH TERANG LAGI BERSULUH BERLANDASKAN ISLAM MAHU KITA TOLAK SEPERTI PAS DAN SANGGUP MEMILIH PIHAK YANG TERANG-TERANGAN MEMBIARKAN ISLAM DICANANG CONTOHNYA UMNO..KALAU KITA TELITI KESEMUA PARTI DAN GERAKAN YANG MEMPERJUANGKAN MARUAH AGAMA ISLAM DI DUNI INI ANTARANYA HAMAS,IKHWAN MUSLIMIN,HIZBULLAH DLL..JUGA MENGGUNAKAN SOKONGAN RAKYAT DI NEGARA MASING-MASING MELALUI PILIHANRAYA DAN APABILA SUDAH TIADA ALTERNATIF LAIN YANG BOLEH DIGUNA PAKAI BARULAH PARTI DAN PERTUBUHAN TERSEBUT MENGISYTIHARKAN PERANG CONTOHNYA HAMAS YANG MEMPERJUANG NASIB RAKYAT PALESTIN DAN MASJIDIL AQSA JUGA HIZBULLAH.NAMUN IKHWANUL MUSLIMIN MASIH LAGI MAHU MENGGUNAKAN SALURAN PILIHANRAYA WALAUPUN BELUM BERJAYA MENAWN NEGERI MESIR DAN SYRIA SECARA KESELURUHANYA SEHINGGA KEHARI INI.HANYA IRAN SAHAJA YANG BERJAYA MEMBENTUK NEGARA ISLAM YANG BERLANDASKAN ISLAM SEPENUHNYA MELALUI REVOLUSI MENDADAK OLEH ULAMA’ BESARNYA IAITU AYATOLLAH RUHOLLAH KHOMEINI SEWAKTU MENUMPASKAN RAJA TERKEJAM SYAH PAHLEVI IRAN YANG MENYEBABKAN PERTUMPAHAN DARAH BERAMAI-RAMAI,DAN JIKA KITA LIHAT HANYALAH NEGARA ISLAM IRAN SAHAJA YANG BERJAYA DIBENTUK DALAM DUNIA INI SEDANG KAN PEMIMPIN ARAB SAUDI DIMANA TEMPAT KELAHIRAN RASULULLAH SAW MASIH LAGI MENGAMALKAN SIKAP BERFOYA-FOYA DAN MEWARISI SIKAP ABDULLAH BIN UBAI YANG BERPURA-PURA,WALAUPUN PUAK SYIAH IRAN SERING DIMOMOK KAN DENGAN TOHMAHAN YANG TIDAK BAIK NAMUN MUNGKIN KERANA ITULAH RASULULLAH SAW MASIH MENERIMA GOLONGAN SYIAH SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM INI KERANA MUNGKIN RASULULLAH SAW TAHU YANG PUAK SYIAH IRAN HARI INI AKAN MENEBUS KESALAHAN DAN KEJAHATAN PUAK SYIAH TERDAHULU DAN HASILNYA MEREKA BERJAYA MEMBUKTIKAN ISLAM MASIH LAGI MAMPU MENGUASAI SEGALA ASPEK TANPA MENGGUNAKAN BUAH HASIL DARI BARAT SEBALIKNYA SUNNI MASIH LAGI GAGAL MEMBUKTIKAN NYA..BEGITU JUGA PARTI ISLAM PAS,BUKANNYA KITA MAHU MEMBIARKAN ISLAM DINJAK2 TETAPI TERLALU AWAL UNTUK MENGISYTIHARKAN PERANG KERANA KITA MASIH MAMPU MENGGUNAKAN PILIHANRAYA UNTUK MEMERINTAH NEGARA ISLAM MALAYSIA..ZAKIR..

  5. MASRI says:

    YAALLAH TOLONGLAH KAMI YALLAH….YALLAH TOLONGLAH KAMI YALLAH…..TOLONGLAH KAMI DALAM MENEGAKAN AGAMAU YALLAH…….BERSATULAH KITA UMAT ISLAM TERUTAMANYA PADA PEMIMIPIN2 AGAMA IAITU PARA WALI2 ALLAH PARA PEJUANG2 ALLAH PARA ILMUAN2 ALLAH PARA ULAMA2 PARA MUFTI2 KEMBALIKAN LAH NOSTALGIA ISLAM…KEMBALIKAN LAH YANG HAK BAGI ORANG ISLAM….TUNJUKAN LAH KEBENARAN YANG HAKIKI DARI ISLAM YA RASULLULLAH KAMI MERINDUI DETIK2 PERJUANGAN MU DALAM MENEGAKAN SYIAR ISLAM BETAPA MULIA NYA AKHLAKMU BETAPA TINGGINYA DARJAT MU BETAPA SEMPURNA NYA IMANMU MAKA TLOGLAH KAMI YA ALLAH MEMULIAKAN AGAMA MU YA ALLAH SESUNGGUHNYA APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI INI KEPUNYAANMU YA ALLAH DAN ENGKAU MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA……AMPUNI LAH DOSA2 KAMI YAALLAH DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI YAALLAH DOSA2 YANG KAMI SENGAJAKAN YAALLAH DOSA YANG KAMI TIDAK SENGAJAKAN YAALLAH MAKA TIADALAH YANG LAYAK MEMBERI KEAMPUNAN SELAIN DARI MU YAALLAH……MAKA HINDARILAH KAMI DARI FITNAH DUNIA DAN AKHIRAT…..WALAHAULAHWALAQUATAILAHBILLAHWAUWALHALIULAZHIM…..

  6. Drrr says:

    askum,
    amir daris……jgnlah lupa tiap-tiap hari kita semua…doakan semoga allah buka pintu hati kita utk kuatkan hati,kehidupan,makanan,sumber rezeeki,ibadat harian kita dan keluarga kita dalam islam..mati di dalam islam.

  7. garil says:

    allahuakbar…….

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] mereka dan sebilangan yang lain diserang oleh tentera komando rejim Israel pada awal Jun 2010 menuju ke Gaza untuk menyampaikan sumbangan […]

  2. […] (Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel) […]

  3. […] (Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel) […]

  4. […] (Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel) […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!