Tarikh Qiamat berpandukan al-Quran bukan teori manusia

Posted on January 9, 2011 under Islam by

SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1) Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.

2) Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.

3) Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan

4) Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem ’2012? dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

1. Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

2. Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

3. Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

4. Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.

Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

24 Responses to “Tarikh Qiamat berpandukan al-Quran bukan teori manusia”
  1. mdsaf_kyo says:

    takde faedahnya emramal bila berlakunya hari kiamat…sudah tentu tiada siapa yg tahu…

    Nabi Muhammad SAW pon tak tahu…inikan pula manusia biasa mcm kita?

  2. hajar says:

    saya dah baca buku ni.. sangat baik untuk pengetahuan kerana isi kandungannya penuh dgn fakta2.. buku ini juga memberi peringatan2 penting yg bakal berlaku sblm berlakunya kiamat besar serta panduan2 untuk menghadapi keadaan tersebut.. tak rugi untuk memilikinya..

  3. atok says:

    dont trust kafir film,shit

  4. bernama sipolan says:

    “Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.”

    aku bukan nak kata apa, tp org kapir mmg slalu diberi akal fikiran yang lebih daripada org islam sendiri. Suka jaga tepi kain org jer, research pasal al-quran apetah lagi?

  5. cinta islam says:

    banyak udang banyak garam,
    banyak org,banyak ragam…

    peribahasa di atas boleh memberi tafsiran bahawa manusia mempunyai perangai dan fikiran yg berbeza,jadi setiap manusia akn mmberi tafsiran dan pandangan yang berbeza tntang sesuatu perkara….
    termasuk perkara mengenai kiamat

  6. Kenchana_md says:

    Siapa kata Allah 100% menyembunyikan fakta kiamat.
    Fakta: Allah menyembunyikan 99% maklumat mengenai kiamat tapi 1% mengenainya Allah buka sebab itu firman Allah: (20 (Ta-ha): ayat 15)
    ?? ?????? ????? ???? ??????
    15 . Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, hampir-hampir aku sembunyikan masa datangnya…..
    Perhatikan perkataan ‘hampir-hampir aku sembunyikan’ bermakna Tuhan tidaklah menyembuyikan fakta kiamat itu 100%, tapi 99%. Contohnya: Seorang pencuri lembu yang menyorok lembu yang dicurinya di dalam semak yang tebal tapi dia membiarkan tali hidungnya terjuntai diatas jalan, kemudian datanglah tuannya yang mencari lembu itu tapi tak terjumpa lantaran keadan semak yang tebal seketika kemudian dia ternampak tali hidung lembunya di atas jalan lalu apabila diekori tali itu berjumpalah ia akan lembunya.

    Kiamat seperti seseorang menuju ke KL dari Pantai Timur, bila dah sampai Tol Gombak tu dekatlah dengan KL, kalau dari utara bila dah sampai Tol Jalan duta, kalau dari selatan bila dah sampai sampai Tol Sungai Besi tu maknanya dekatlah dengan KL begitulah dgn Kiamat, bila dah sampai 21.12.2012(Jumaat) atau 7 Safar 1434H(bulan akan kelihatan sebelah/separuh kerana bulan penuh/purnama jatuh pada 15 haribulan) dekat lah tu dengan kiamat, firman Allah:
    ?????? ???? ?? ? ???? ?????
    (al_Qamar 54:1)Bererti: Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan. Maknanya dunia dah masuk ‘zon kiamat’, Barat kata dah ‘kiamat’ Islam kata ‘zon kiamat’,silap faham tu. Nampaknya orang Barat sendiri lebih tahu dari kita cuma silap sikit tu je.

    Bagi sayalah tahun 2012 planet bumi memasuki “zon kiamat” bukan kiamat sebagaimana yang diperkatakan oleh Barat. Buktinya al-Quran mengatakan (54:1):”Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan”.

    Begitulah bila dah sampai bulan terbelah pada 7 Safar 1434H atau 21.12.2012 (jumaat)dekatlah dengan kiamat atau ‘zon kiamat’.Signalnya ‘bulan terbelah’ kerana pada pengamatan kita ‘bulan penuh’ atau bulan purnama jatuh pada 15hb Qamariah jadi bulan separuh/terbelah pada 7hb Qamariah.Itu perkiraan kita sebenarnya.

    Bagi saya perlu ada ‘reformer’ atau ‘mujaddid’ untuk mengepalai kenderaan yang apabila memasuki ‘zon kiamat’ ni bukan seperti pemimpin yang kita fikirkan sekarang.

    Petanda memasuki zon kiamat ini adalah bencana besar 2012 yang bersepah dibincangkan di Internet sekarang ini. Perihal ini sudah diberitahu oleh al-Quran pada ayat 210 surah ke 2, keterbalikan 2012 atau ‘pole shifting’ pada tahun berkenan yang dibincang oleh Barat. Dalam ayat itu al-Quran menyatakan.
    ?? ?????? ??? ?? ?????? ???? ?? ??? ?? ?????? ? ???????? ? ??? ????? ? ??? ???? ???? ??????.
    Bererti: (210 surah ke 2) (Orang yang ingkar itu) tidak menunggu-nunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan awan, bersama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu, dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.
    Perhatikan keyword ‘dalam lindungan awan’. Pada 21.12.2012 planet bumi berada dalam lidungan awan/the dark rift seperti gambarajah disini http://www.infinitelymystical.com/essays/2012-astronomy.html
    Semoga kita termasuk golongan yang berfikir mengenai fenomena ini. Fikir-fikirkanlah 21.12.2012 atau 7 Safar 1434H ini atau keperluan tarikh munculnya seorang reformer untuk menginderai planet bumi ini selanjutnya.Wassalam!

  7. Adilah says:

    Assalamualaikum… walau manusia diberi akal yg genius sekalipun untuk mencipta dan merangka panduan untuk menghadapi “end of the world” tu.. tiada manusia yang dapat lari dari hari kiamat ini… hanya amalan dan amal soleh yang membantu kita di SANA.. =)

  8. SAMEKOM SUME ????? SAYA ORG BARU DI DALAM AGAMA ISALAM . DI SINI SAYA INGIN MENYATA KAN SAYA SENTIASA DI TINDAS DIMANA SAYA DALAM ISLAM APAKAH SAYA TIDAK LAYAK MENJADI SEORANG MUSLIMIN ??? TIADA SATU BANTUAN PUN DIBERIKAN UTK SAYA , BKN HARTA DUNIA YG SAYA MINTA ,,HANYA MEMINTA TUNJUK AJAR UTK MENJADI SEORANG MUSLIM SAHAJA ,, SUSAH KAH ??? DI MANA ORG ORG DI AGENSI KERAJAAN YG SENTIASA MEMBANTU MANUSIA ,MANA PEJABAT AGAMA ISLAM !!! BKN NAK MENGATA SAYA PERNAH MEMINTA BANTUAN HANYA SEBUAH AL QURAN DAN BUKU PANDUAN AGAMA TETAPI APA YG MEREKA CAKAPKAN CARILAH SENDIRI !!! BKN KERANI BKN OFFICE BOY YG KATAKAN & SAYA BERJUMPA UZTAZ YG SEPATUTNYA MENJADI INSAN CONTOH UTK SAYA !!! APALAH NASIB SAYA DIDALAM AGAMA ISLAM ??? APA YG PERLU JADIKAN CONTOH UTK SAYA HIDUP ?? PERLUKAH LG SAYA DIDALAM ISLAM ??? APA AKAN TERJADI JIKA SAYA TERPESONG KEMBALI !!! DIMANA BANTUAN KEAGAMAAN DISINI SAYA DI LANKAWI !!! SEKSA HIDUP SAYA ..ORG ORG BANTULAH SAYA ??

  9. bantu lah saya bg sesiapa yg membaca tolong perjelaskan utk saya ???

  10. bantu lah saya bg sesiapa yg membaca tolong perjelaskan utk saya ??? dimana saya harus bertanya ???????

  11. Saudara says:

    Muhammad Ismail Kok;

    Boleh huungi Perkim…tanya sama mereka perkim langkawi

    PERKIM BAHAGIAN NEGERI KEDAH
    No:1475, Lorong Seri,
    Jalan Langgar,
    05300, Alor Star,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-733 5124 Faks: 04-733 2349

  12. insan yg kerdil says:

    kenapa mesti meramal tarikh kiamat…kita sbg umat islam hanya perlu beriman dengan nye…kalu kita meramalkannya pon bknnya boleh lari drpd nye pon…sesungguh nya kiamat itu satu kepastian…

  13. Madi says:

    Tingkatkan iman

  14. zulent version..is nnpir2..ot ham says:

    Kenchana_md….pls la..pls read surah taha ayat 15 again..i think u read different version..is not hampir2..ty..pls be careful before u read it..there r mny version..SESUNGGUHNYA HARI KIAMAT ITU TETAP AKAN DATANG,YANG AKU SENGAJA SEMBUNYIKAN MASA DATANGNYA SUPAYA TIAP-TIAP DIRI DIBALAS AKAN APA YANG DIA USAHAKAN surah taha ayat 15…

  15. poya (@poya26) says:

    Allah Maha Mengetahui….

  16. hamba allah says:

    wajib kita percaya akan datangyer hari kiamat semua….

  17. perindu syahid says:

    buku muhammad alexander memang nampak berilmiah dan berfakta. tetapi kita janganlah terus terima bulat2 tanpa kajian dan penilaian semula. contohnya ada beberapa kesilapan muhammad alexander yang berhujah bahawa socrates adalah luqman hakim, dia juga berkata alexander the great adalah zulqarnain. kajian ilmiah terkini menafikan 100% yang alexander bkanlah zulqarnain. penjelasan dan ilmiah semula juga menafikan bahawa socrates bukanlah luqman al-hakim.

    http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/04/benarkah-socrates-itu-luqman-al-hakim.html

  18. Anon says:

    Kenchana_md yg kuat berangan..

  19. azraf says:

    http://www.mymaktabaty.com/

    laman web ceramah/kuliah agama islam. pilih lah ustaz mana nak dengar. modal hanya mp3 player atau hp yg sesuai mcm nokia xpress music.

  20. lenient says:

    ..persediaan menghadapi peringkat2 kejadian yg berlaku sehingga datangnya hari kiamat…contohnya sebelum kiamat brlaku metior yg sangat besar jatuh ke bumi di pertengahan ramadhan…bagi org islam yg brpuasa mendapat keimunan pd tubuh mereka dr penyakit yg teruk, orang yg tidak beriman serta orang kafir tidak berpuasa mendapat penyakit yg sangat bahaya kesan dari asap global Ad-Dukhan. Rasullah saw mengigatkan supaya kita berjaga2, ” Bunyi yg kuat(hadatun) pd pertengahan bulan ramadhan,pd mlm jumaat,akan muncul bunyi yg kuat,yg membangunkan org tidur,mnjadikan org berdiri jatuh trduduk,gadis2 keluar dr pingitan(biasanya anak dara hanya duduk d rumah) pd mlm jumaat pd tahun terjadinya bnyak gempa.jika kamu melaksanakn solat subuh pd hari jumaat,masuklah kamu ke dalam rumah kamu,tutup lah pintu2nya,sumbatlah lubang2nya(lubang udara),dan selimutilah diri kamu,sumbatlah telinga kamu.jika kamu berasa adanya bunyi yg kuat,maka bersujudlah kamu kpd Allah dan ucapkan ‘Mahasuci al_Quddus(Subhaanal Qudduus),Maha Suci al-Qudduus,Tuhan kami al-Qudduus!(Rabbunal al-Qudus); kerana sesiapa melakukan itu akan selamat,tetapi sesiapa yg tidak melakukan perkara itu akan binasa..(petikn hadis panjang yg di laporkan oleh Nu’aim bin Hammad,iaitu guru Imam Bukhari). …Wallahualam..

  21. lenient says:

    benar kah jangkaan kalender maya?…berakhir 2012?….ada kah ianya titik bermula kelansungan hidup setelah bumi di hempas metior besar,seperti hapusnya dinasor suatu masa lampau?..musnah kah teknologi cangih zaman kita ni?…atau manusia semakin bijak selepas itu?….tapi yang pastinya Kaabah dan Rumah2 Allah akan kekal Gah hingga hari kiamat…….sahabat yg di hormati tolong muatkan info2 berkaitan..assalammualaikom.

  22. azizi says:

    Apa persediaan anda untuk hari kiamat?…..???…dah banyak ke amalan?….atau banyak ramalan dari amalan…..????..

  23. Emie says:

    MAYAN PROPHECY BY 21/12/2012 @11:11 IS THE “END-TIME”..??

    Dikatakan END-TIME itu bukan bermaksod dunia maya ini akan kiamat, bumi dgn segala isi2nya akan mengalami kehancuran. Perkhabaran itu hanya mengingatkan kita satu “PERUBAHAN ZAMAN”, atau apa yg sering disebut2 sebagai “AKHIR ZAMAN”. Apabila akhirnya satu zaman lama, kita akan memasuki zaman baru. Namun tidak dapat dielakkan setiap perubahan zaman, dunia kita ini akan berlaku satu transformasi besar2an.

    Bencana alam, gempa bumi, tsunami, banjir besar, dsbnya akan berlaku dimana2 negara. Pengaruhnya kepada manusia, berlaku banyak pergolakan seperti apa yg kita lihat dlm berita dunia sekarang ini. Revolusi, demonstrasi, ketidak-adilan, kekejaman, dsbnya berlaku dimana2. Bermulanya pengaruh Akhir Zaman itu apabila PLANET X NIBIRU sedang menghampiri bumi. Bermula antara kesan2 energynya berlakunya Global Warming…

  24. Azry says:

    Assalammualaikum dgr ckp saya sudah xda nya 21 ni kiamat tuhan ckp tiada siapa pun tahu kecuali Allah yang tahu bila kiamat abis dorg tahu 21 kiamat tipu la tu sbb tuhan dah ckp x da siapa pun tahu

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!