Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang

Posted on August 16, 2010 under Fadzilah Kamsah by

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

orang-cemerlang

Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri. Berikut ialah tips yang telah dipetik dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Tatacara makan dan minum

  • Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
  • Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
  • Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
  • Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
  • Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.

Tatacara di bilik air

  • Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
  • Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar

Tatacara didik anak

  • Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat
    Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

  • Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.
  • Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif ~ emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

Comments

10 Responses to “Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang”
  1. fiD says:

    bagus tips ini.. terima kasih dato.

  2. Muhd Suhaily says:

    Assalammualaikum Dato,

    Satu tips yg sgt berguna utk menjadi hebat. Soalan: SEBELUM dan SELEPAS: Bagaimana menjadi seorang yg cemerlang bagi individu yang sedang mencari pekerjaan yang bersesuaian dgn dirinya?

  3. red sheca jimenez says:

    asalamualikum Dato,terima kasih dgn motivasi Dato yang bernas boleh la saya jadikan satu rujukan dan amalan insyaALLAH…

  4. 'aeishah_k says:

    smoge menjdi amalan setiap insan..inshaallah,,mohon share di facebo0k utk perkongsian ilmu bersama..tq

  5. maz says:

    terima kasih dato.. insyaallah sy akan amalkn

  6. hafiz says:

    syukur alhamdulillah dato’…satu saranan yg amat baik sekali…thanks dato’….:)

  7. hafiz says:

    semoga anda akn mdpt kebahagian di dunia n akhirat
    amin…………….

  8. Alang Sabah says:

    mcam mne persekitaran kondusif dpat membantu plajar utk brjaye?

  9. Assalamu’alaykumw2. Sy Intan. Sy tny Nabi saw beliau ketika makan berbicara / tidak? Krn dlm ilmu biologi setahu sy ketika kita makan tenggorokan menutup dan ketika kita makan sambil bicara maka ke 2 saluran terbuka ( kerongkongan dn tenggorokan ) dan ditakutkan makanan tdk msk ke kerongkongan tp ke tenggorokan. Tentunya ini sngt berbahaya. Tp point terpenting Nabi Saw adalah terhindar dr kesalahan. Sy termasuk orang awam. Tlg sy dibenarkan jika sy salah. Sy tunggu jawabannya. Trimksh

  10. Memang berkesan klw ikuti tips nie sbb utk menjadi orang berjaya kena ikut tips di atas.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!